STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: 2012

6 Tanda Kekasih Curang

Assalamualaikum..
Hari ini tiba2 ase terpanggil untuk mencari entri ni.. xtau kenapa.. Tapi xsalah mencari dan cuba untuk berkongsikan.. Ok.. Jom same2 kita baca..

1. Sikap Yang Tiba-Tiba Berubah
Mungkin anda perasan sikapnya yang agak dingin atau ‘acuh tak acuh’ terhadap anda. Kalau dulu rajin sms, mungkin sekarang, sms pun dah jarang. Kalau sms pun, gaya bahasanya berlainan. Mungkin tak semesra dulu. Kini, anda pula yang sering sms si dia. Nak tunggu si dia reply, oh lambatnya.

2. Suaranya Berubah
Selalunya bicaranya lembut dan manja. Tapi mungkin anda perasan tutur katanya, ton suaranya, tak seperti dulu.

3. Tidak Berminat
Dia seolah-olah tidak berminat dengan anda. Tidak berminat dengan aktiviti yang anda lakukan, tidak berminat untuk berjumpa dan keluar dengan anda. Sebenarnya, dia sedang menjauhkan dirinya dari anda.

4. Menjadikan Isu Kecil Menjadi Masalah Yang Besar
Orang yang ingin beralih arah dalam percintaan biasanya menjadikan isu-isu kecil dalam perhubungan sebagai isu atau masalah yang besar. Kenapa? Mungkin kerana ia ingin menjadikan isu itu kononnya sebagai alasan mengapa dia mahu putuskan hubungan dengan anda, walhal bukanlah sebesar mana permasalahannya.

5. Sensitif dan sering marah-marah\
Entah kenapa agaknya, apa saja yang anda buat, mengundang kemarahannya. Pendek kata, ada saja yang tak betul di matanya. Ye lah, orang dah tak sayang. Memanglah macam tu.

6. Alasan Yang Tak Munasabah
Dia mungkin berterus terang, bahawa dia tidak ingin meneruskan hubungan percintaan. Walau apa pun alasannya, biasanya dia tidak akan jujur dengan anda bahawa dia sedang mencintai orang lain. Jika antara alasan yang diberikan agak tidak munasabah seperti “mungkin bukan jodoh kita”, “awak terlalu baik untuk saya”, nasihat saya, berhati-hatilah, anda mungkin ditipu oleh dirinya yang curang!

CREDIT http://www.ideariza.com



THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

10 Tips Mudah Cara Nak Kurus

Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda.

1. Jadikan air masak sebagai minuman utama
Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!

2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari

4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!

5. Buang pakaian besar anda
Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh itu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!

6. Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.

7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.

9. Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.

10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.
THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Baby Baru

Assalamulaikum.....
Haa... Ain baru perasan yang dalam entri sebelum ni ain ada tulis sal baby... 11.12.2012 alhamdulillah baby lelaki yang bernama Mohd Aqil Hazriq Taufiq bin Sanusi telah selamt dilahirkan... Baby ni bukan baby ain tau.... Ain niey khawin un belum lagi... Jgn pk yang bukan2 ea... Hehehehe.... Ase2 nye baby ney ikot ayah dia... Dagu buah epal cam ayah dia lak.. Huhu... Cooommeeeeyyyyyyy...... Geram asenye tgok baby yang kecik gitu... Nak tengok baby aqil?? JOm kita tengok sama2 ea...

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

KUTIP DUYAN

Assalamualaikum,
Alang2 xbole tdow ney, molek jugak lau update blog yang jarang2 disentuh.. Huhu.. ;-)
Nasibla blog ni xmerajuk n meragam cam baby an? Huhuhu.. Ok, sbnrnya nak critenye pendek je.. Hal kutip d0yan je.. Pagi2 ag, adik ain n mak ain turun pegi cari durian.. Ain?? Huhuhu, semstinya tunggu kat umah je, bukan xnak ikut skali, sebabnya malam tu hujan lebat, tak0t t ada pacat.. Wooo, pacat xbole mainla, geli toqq.. Huhu.. Hasil kutipan duyan? Chewahh, mestila banyak? Nak tengok? Nak tengok? T intai kat bawah entri ni yew... ;-)
Kat cini, duyan murah jep, x mcm kat terengganu.. Haa, mesti tertanya tanya kat mane an? Kt pahangla, mane lagi.. :-)
Kat cini, tempoyak lagi mahal dari duyan taw.. =-O:-D
Xcaye? Addoiyhh, caye jela.. Kah3.. J0m kite cuci2 mata tengok duyan n lepas tu leh tdow..  :-)


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Perancangan Cuti

Assalamualaikum...
Hurm.. Sekarangkan dah hbs berperang.. Cuti un pnyela lama.. Apala yang dibuat cuti2 ney.. Banyak pilihan ney,. Pilihan pertma.. Jeng2, mengemukkan bdan dengan duk rehat2 kat rumah.. Makan tidow makan tidow.. Huhu, biar gemuk smpai jd cam ni hah, (mcam gmbar kat bwah tuh)
Huhu, gerenti smue laki yang pandang ain akan pndang kali kedua.. Hehe.. Chubby gitu.. Alahai.. Hehehe.. Mcam bdak2 laki kampung yang nampak awek yg pkai make up tebal 10 inci tuh.. "Wow, awek tuh, skali pandang cam siti nurhaliza, dua kali pndang cam blozar! "
Hebat tol.. ^^v
Ada masa, kta critep same2 lagi,..


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Merdeka!!

yahooo! Akhirnya perjuangku selama ini sudah tmat.. Hehe.. Trsgat2 gembira.. Cuba teka apa yg kteorg buat lpas merdeka? Huhu.. Tepat jam 3.30 ptg, smua dah bersorak kegembiraan.. Ada yg smpai knci jam.. Huhu.. N lpas tu ape ag? Of coursela main tepung... Pnyela bising kt kwsan tu smpai2 kena marah kat pengawas yg tgah jga form6 exam msa tu.. Huhuhu.. Tula terlebih excited sangat.. Balek hostel dgn keadaan berlumuran tepung.. Bukn banyak un, ckt jew.. N kne ag lempar dengan susu tepung yg dah expired.. Ayyoo.. Punyela busuk.. Semerbak bau... Cup, xhbs ag taw.. Lpas tu ktorang main sembur2 air lak.. Hbs bsah.. Tapi, memg epy sangat2,. Memori yg xdapat dilupakan smpai bla2.. Balek warden, kena marah.. Member juz tersengih cam kerang busuk.... Owhhhh.. Merdeka! Merdeka! Merdeka!


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

SPM

Hurm... Bio menunggu.. Lagi 2 paper ain akan merdeka.. Yahoo.. Huraiyhh.. Bole alek kampung makan durian..


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

"The Illuminati card Game"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Ar-Ruum:41)

Apa itu Illuminati card? ia tentulah bukan permainan seperti monopoly atau saidina.Permainan ini direka oleh Steve Jackson yang terinspirasi dari permainan Illuminatus Trilogy yang dibuat oleh Robert Anton Wilsan dan Robert Shea. Permainan ini sebenarnya sama seperti lain-lain permainan yang sewaktu dengannya semasa ia dilancarkan pada umum pada tahun 1995,tiada apa yang menarik dan tidak langsung diambil tahu oleh masyarakat umumnya pada waktu itu.sehinggalah terjadi peristiwa tragedi 11 september dimana bangunan pencakar langit WTC menyembah bumi,tiba-tiba permainan ini mengalami lonjakan permbelian yang tinggi.kerana 'gambaran' terjadinya peristiwa tersebut telah ada 6 tahun sebelum itu!dan selanjutnya terjadi pelbagai peristiwa di akhir abad 20 dan awal 21 telah digambarkan melalui ilustrasi-ilustrasi dalamnya.

Di sini saya tidak akan jelaskan cara memainkannya,itu tidak penting.Saya hanya ingin menjelaskan apa yang digambarkan melalui ilustrasi-ilustrasi pada kad permainannya dan hubungannya dengan pelbagai peristiwa yang didalangi oleh anjing-anjing kepada Al-Masihud Dajjal!Gambar di sebelah kiri adalah ilustrasi pada kad permainan tersebut dan kanan adalah fakta-fakta yang saya ambil untuk menjelaskan hubungannya dengan ilustrasi pada kad tersebut..


wabak selsema burung dan selsema babi sudah diramalkan sebelumnya


ilustrasi yang bertajuk Epidemic dan CDC (Centre For Disease Control) menggambarkan suatu waktu akan terjadi wabak yang melibatkan CDC.CDC sebenarnya adalah sebuah intistusi yang mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berbahaya yang berpotensi menjadi wabak,namun baru-baru ini terdapat pengakuan dari seorang doktor di Kanada yang mendedahkan akan penglibatan CDC sendiri dalam 'projek wabak selsema burung dan selsema babi!".Empat tahun kemudian pada tahun 1998,kes pertama selsema babi ditemukan pada seorang budak di Hong Kong!.Selanjutnya,kes selsemaburung dan babi ini akan terus muncul setiap tahun termasuk Malaysia (sipi-sipi) dan akan mencapai klimaksnya pada 2012.



Tragedi WTC 911 adakah perbuatan orang ISLAM??

Peristiwa berikutnya yang ditemukan pada kad permainan ini adalah yang paling kontroversi,iaitu hancurnya menara berkembar WTC di New York! Kad Permainan yang mengejutkan ini semakin menyakinkan orang ramai bahawa tragedi WTC adalah hasil rekayasa Amerika itu sendiri demi memenuhi impian projek besar mereka,New World Order (NWO) dan menghalakan perbuatan mereka menyerang Afghanistan atas nama memerangi pengganas.dan individu yang dikambinghitamkan sudah tentu Osama Laden,yang terbukti adalah ejen kepada CIA itu sendiri..(sila search sendiri fakta ini).


UFO dan makhluk asing dan tipu daya melalui Hollywood

Seterusnya,pada illustrasi lain menunjukkan gambaran yang bertajuk Church Of Middle America,yang menampakkan sebuah gereja dengan piring-piring terbang yang biasa kita sebut sebagai UFO sedang melayang-layang di atasnya.Mengapa sasarannya adalah gereja dan Amerika Tengah?Pada yang belum mengetahui,markas UFO di Roswell berada di Chaves County berhampiran New Mexico,sebuah wilayah gersang di Amerika yang terletak tidak jauh dari sempadan wilayah-wilayah Amerika tengah.Selain itu,UFO yang sebenarnya adalah rekaan sebuah kelompok elit pemuja ular yang disebut sebagai The Brotherhood of the Snake,yang kemudian mengambil idea dari badan dan warna ular dan diterjemahkan kepada bentuk kepala dan tubuh alien,dibuat dengan sengaja untuk disusupkan dalam budaya pop yang digambarkan dalam filem-filem hollywood dan buku-buku cerita,sehingga UFO dan alien menjadi ikon dadalam mesej-mesej 'subliminal' bahawa makhluk ini benar-benar wujud!Mengapa sasarannya adalah gereja?karena orang-orang Kristian lebih mudah menerima mesej-mesej subliminal daripada orang-orang Islam dan Lain-lain.


Vatican dan pembodohan kepada umat kristian

Selanjutnya IC juga menyinggung persoalan umat Katolik dengan menggambarkan ilustrasi yang berjudul Rewriting History dan Vatican City. Pada gambar pertama sebelah kiri, terdapat buku yang saya lingkari dengan tanda merah berjudul Rome. Mengapa sejarah ditulis semula? Ini menarik, kalau kita mengupas kembali apa yang dikatakan oleh Napoleon bahwa "Sejarah sesungguhnya ditulis oleh Pemenang". Ini berarti sebagian besar sejarah telah dimanipulasi oleh para pemenang. Siapa para pemenang? Mereka adalah orang-orang yang berada di pusat kekuasaan dunia saat ini.
pergerakan mereka juga jauh menyusup ke dalam Vatican, jantung terbesar umat Katolik, termasuk pada figur paling berpengaruh di dunia, Paus.tidak keterlaluan jika saya katakan paus adalah ejen pembodohan terbesar bagi umat kristian,terutama katholik!


tumpahan minyak@oil spill

berikutnya adalah Oil Spill atau tumpahan minyak.Apakah peristiwa-peristiwa yang berkait tentang tumpahan minyak diseluruh dunia adalah terjadi secara kebetulan?terdapat beberapa (bukan semuanya) adalah terjadi akibat dirancang!dalam dunia konspirasi ada subjek yang disebut sebagai eco-threaten atau eco-disaster.Ini adalah program untuk menghancurkan lingkungan kecil sebelum menjadi isu besar yang disebut Global Warming!Salah satu peristiwa terbesar tumpahan minyak telah terjadi tahun lalu di Teluk Mexico.Lihat gambar burung yang diambil di situ setelah terkena kesan tumpahan minyak yang jatuh ke laut.Peristiwa seperti ini sudah seringkali terjadi,namun ilustrasi ini meramalkan bahawa kejadian di Teluk Mexico merupakan accident by design.

Dan ramalan yang paling mengejutkan adalah yang sedang terjadi kini....

 
Gempa dan tsunami Jepun, karya agung HAARP?

Dalam kad seterusnya dapat dilihat ilustrasi bertajuk Japan and Early Warning yang digambarkan bagaimana negara matahari terbit ini sedang menghadapi bencana agung berupa tsunami setinggi 10meter yang membunuh puluhan ribu manusia.Dalam ilustrasi pada kad yang bertajuk Combined Disaster,terdapat gambar yang menjelaskan kepanikan manusia menghadapi bencana,entah apakah orang-orang yang berlari kerana gempa atau tsunami,namun gambar jam besar yang tumbang di latar belakang menjelaskan hubungan kota itu dengan Tokyo!Jam besar itu adalah Menara Jam Wako di Ginza Tokyo.Hakikatnya,kejadian gempa dan tsunami ini telah pun 'diketahui' lebih awal oleh orang-orang kafir,sehingga ada yang telah memberi amaran beberapa hari termasuk beberapa jam sebelum kejadian ini berlaku!sebuah video telah diupload di laman youtube,yang membongkarkan kejadian gempa dan tsunami ini adalah 'kerja' manusia,namun telah diremove beberapa hari kemudian,(saya sempat nontonnya,tapi sayang lupa nak download).barat mengaitkan kejadian gempa+tsunami ini dengan fenomena 'Supermoon' yang kebetulan terjadi saat itu (19 Mac).ternyata ia BOHONG! fenomena alam Supermoon tidak langsung berkaitan dengan gempa dan tsunami di Jepun.bila ia berlaku,pihak ini akan 'salahkan Tuhan',sebab Tuhan yang melakukannya,walhal tangan-tangan manusia inilah yang melakukanyna.( dengan IzinNYA).


kisah Nuklear dan raksasa

pada ilustrasi berikutnya bertajuk Nuklear Accident diterangkan bagaimana Nuklear Power plant retak dan mengakibatkan radiasi yang mengancam ratusan ribu nyawa.(Dan ini benar-benar sedang terjadi!).dan menysul sebuah ilustrasi pada kad yang bertajuk Atomic Monster yang tentu tidak asing bagi kita,Godzilla.Godzilla menerangkan pada kita bahawa binatang yang sinonim dengan Jepun itu muncul dari laut.jadi godzilla mungkin yang menyebabkan tsunami itu sendiri..(teori lucu):P

Sebenarnya masih banyak sekali  peristiwa yang digambarkan pada  IC, seperti perang dan tindakan bunuh diri, terorisme, revolusi Timur Tengah, pengaruh fashion dan televisyen terhadap anak2 muda dan lain-lain, namun tidak bisa diungkap seluruhnya di sini. Mari buka mata, semoga dengan hal-hal spt ini kita semua bisa melihat lebih jelas dan memahami lebih jauh peran Illuminati dalam kehidupan moderen kita sebagai umat manusia.

Jadi benarkah Tsunami Jepun merupakan karya agung sekelompok orang di elit kekuasaan dunia? Bila benar demikian maka kad permainan Illuminati ini sekali lagi mempertegas kepada kita bahwa paraimponderabilia ini sedang bermain-main menjadi Tuhan (Playing God). Jika tidak, mari kita kembalikan semua kejadian besar ini pada Allah SWT, karena tidak setetes pun air laut yang bergerak menjadi tsunami tanpa izin-Nya.Kembalilah kita semula pada Al-Quran dan Hadis,carilah hadis-hadis Rasulullah tentang peristiwa2 akhir zaman.Sesungguhnya kita sedang melauinya kini.Fitnah demi fitnah sedang mencengkam setiap jiwa kini.Dan kita tidak boleh lari darinya,kecuali memohon pada Allah agar dijauhkan.ini semua adalah tanda-tanda sebelum seorang yang di ceritakan sejak beribu-ribu tahun lalu yakni Al-Masihi DAJJAL akan menzahirkan dirinya di muka bumi ini.Dialah yang akan membawa gunung roti dan sungai susu di tangannya,serta menawarkan syurga dan neraka pada umat manusia akhir zaman!beruntunglah orang-orang yang boleh mengelak darinya,namun kuantitinya amat sedikit! Jadi persiapkan diri kita,sebelum Imam yang kita nantikan muncul,kita akan diuji bersendirian berdepan Mahkluk yang bernama Dajjal ini.!

Walauapapun yang akan berlaku, baliklah pada A& S:

" Dan mereka itupun merancangkan tipu daya dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya." (Ali-Imran':54)
 
 Waalhualam Bissawab....

Credit to: Facebook
THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

LITTLE TWIN STARS

LITTLE TWIN STARS theme for SAMSUNG CORBY 2

DOWNLOAD: http://www.mediafire.com/?6pwpt7344pkhqqe
PASSWORD: yaptus

enjoy :) 


PASSWORD: yaptus

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Angry Birds

Angry Birds theme for samsung corby 2

DOWNLOAD: http://www.mediafire.com/?8arj8q2g7zx7bb8
PASSWORD: yaptus

As requested! Tried to make it a unisex theme as possible. Enjoy! 


PASSWORD: yaptus

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Fruity Fruits

Fruity Fruits~ As requested

DOWNLOAD: http://www.mediafire.com/?lqe8c1c4a1booag
PASSWORD: yaptus
 


PASSWORD: yaptus

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Japanese Food/Bento theme

PASSWORD: yaptus

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Pink Girl

PinkGirl

DOWNLOAD: http://www.mediafire.com/?y49njhvqdaq7ray
PASSWORD: yaptus
 

PASSWORD: yaptus


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Hello Kitty Theme



PASSWORD: yaptus

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

gyaru/gal

gyaru/gal

DOWNLOAD: http://www.mediafire.com/?x54uc7od3ng4167
PASSWORD: yaptus

Another personal fave 

PASSWORD: yaptus


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Nurse Theme

Nurse Theme~ Dedicated to nurses heeee

DOWNLOAD: http://www.mediafire.com/?ol54uh91y9bcdwm
PASSWORD: yaptus

Last one for today, to make up for the lack of updates the past few days. WHEW!  


PASSWORD: yaptus

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Ragnarok

Ragnarok

DOWNLOAD: http://www.mediafire.com/?73xaiidgau4jvni
PASSWORD: yaptus
 


PASSWORD: yaptus

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Ragnarok for girls

Ragnarok for girls

DOWNLOAD: http://www.mediafire.com/?5lqm7q6e49qsjly
PASSWORD: yaptus

A personal favorite :) 


PASSWORD: yaptus

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Purple/Black Emo (?) Theme

Purple/Black Emo (?) Theme

DOWNLOAD: http://www.mediafire.com/?7e9ikvbc8byusks
PASSWORD: yaptus

I’m back making themes, hello 128 followers and co-corbyii users :) 


PASSWORD: yaptus

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Skate Theme

Skate Theme

DOWNLOAD: http://www.mediafire.com/?v3dws9kbvck83j9
PASSWORD: yaptus

My tribute to last June 26 Happy Go Skateboarding Philippines. Change the wallpaper if it’s too pink for you but that’s enjoi board design hehe.  

PASSWORD: yaptus


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Gyaru/tutuHA black theme

Gyaru/tutuHA black theme for corby II users

Link: http://www.mediafire.com/?owwhhu5lh80wf9t
Password: yaptus
 

Password: yaptus


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Yellow Theme Basic Icons

Yellow theme basic icons for corby2 users

Download: http://www.mediafire.com/?pidbkeufegkyrgw
Password: yaptus
 


Password: yaptus

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

20 Perkara Wanita X Suka

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

22 Fakta Mengenai Lelaki

1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras,tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.

2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki
.
3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita. Ohhh~

4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.

5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk,lain jadinya.

6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”

7. Lelaki tak suka perempuan gedik!

8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.

9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.

10. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek.

11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percayakan dia,lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.

12. Lelaki pun menangis. Erkkkk !

13. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “ tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”

14. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.

15. Lelaki benci kekotoran dibajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya

16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka,tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.

17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu.

18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan,berilah ia ruang.Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.

19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.

20. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam,wanita perlu katakan sesuatu.

21. Lelaki juga sukakan wanita yang penyayang.

22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.
THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

13 Perkara Yg Perlu Wanita Islam Jaga

Dalam kehidupan seharian, ada banyak perkara yang perlu dijaga oleh wanita Islam, selain batas-batas pergaulan yang harus dijaga, ada perkara- perkara lain yang perlu di jaga oleh wanita Islam..


13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sumber: www.cahayaislam.net

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


10 Petanda Dia Jodoh Kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodohkita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Sumber : ILuvIslam


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...