STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Disember 2012

6 Tanda Kekasih Curang

Assalamualaikum..
Hari ini tiba2 ase terpanggil untuk mencari entri ni.. xtau kenapa.. Tapi xsalah mencari dan cuba untuk berkongsikan.. Ok.. Jom same2 kita baca..

1. Sikap Yang Tiba-Tiba Berubah
Mungkin anda perasan sikapnya yang agak dingin atau ‘acuh tak acuh’ terhadap anda. Kalau dulu rajin sms, mungkin sekarang, sms pun dah jarang. Kalau sms pun, gaya bahasanya berlainan. Mungkin tak semesra dulu. Kini, anda pula yang sering sms si dia. Nak tunggu si dia reply, oh lambatnya.

2. Suaranya Berubah
Selalunya bicaranya lembut dan manja. Tapi mungkin anda perasan tutur katanya, ton suaranya, tak seperti dulu.

3. Tidak Berminat
Dia seolah-olah tidak berminat dengan anda. Tidak berminat dengan aktiviti yang anda lakukan, tidak berminat untuk berjumpa dan keluar dengan anda. Sebenarnya, dia sedang menjauhkan dirinya dari anda.

4. Menjadikan Isu Kecil Menjadi Masalah Yang Besar
Orang yang ingin beralih arah dalam percintaan biasanya menjadikan isu-isu kecil dalam perhubungan sebagai isu atau masalah yang besar. Kenapa? Mungkin kerana ia ingin menjadikan isu itu kononnya sebagai alasan mengapa dia mahu putuskan hubungan dengan anda, walhal bukanlah sebesar mana permasalahannya.

5. Sensitif dan sering marah-marah\
Entah kenapa agaknya, apa saja yang anda buat, mengundang kemarahannya. Pendek kata, ada saja yang tak betul di matanya. Ye lah, orang dah tak sayang. Memanglah macam tu.

6. Alasan Yang Tak Munasabah
Dia mungkin berterus terang, bahawa dia tidak ingin meneruskan hubungan percintaan. Walau apa pun alasannya, biasanya dia tidak akan jujur dengan anda bahawa dia sedang mencintai orang lain. Jika antara alasan yang diberikan agak tidak munasabah seperti “mungkin bukan jodoh kita”, “awak terlalu baik untuk saya”, nasihat saya, berhati-hatilah, anda mungkin ditipu oleh dirinya yang curang!

CREDIT http://www.ideariza.com



THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

10 Tips Mudah Cara Nak Kurus

Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda.

1. Jadikan air masak sebagai minuman utama
Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!

2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari

4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!

5. Buang pakaian besar anda
Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh itu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!

6. Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.

7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.

9. Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.

10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.
THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Baby Baru

Assalamulaikum.....
Haa... Ain baru perasan yang dalam entri sebelum ni ain ada tulis sal baby... 11.12.2012 alhamdulillah baby lelaki yang bernama Mohd Aqil Hazriq Taufiq bin Sanusi telah selamt dilahirkan... Baby ni bukan baby ain tau.... Ain niey khawin un belum lagi... Jgn pk yang bukan2 ea... Hehehehe.... Ase2 nye baby ney ikot ayah dia... Dagu buah epal cam ayah dia lak.. Huhu... Cooommeeeeyyyyyyy...... Geram asenye tgok baby yang kecik gitu... Nak tengok baby aqil?? JOm kita tengok sama2 ea...

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

KUTIP DUYAN

Assalamualaikum,
Alang2 xbole tdow ney, molek jugak lau update blog yang jarang2 disentuh.. Huhu.. ;-)
Nasibla blog ni xmerajuk n meragam cam baby an? Huhuhu.. Ok, sbnrnya nak critenye pendek je.. Hal kutip d0yan je.. Pagi2 ag, adik ain n mak ain turun pegi cari durian.. Ain?? Huhuhu, semstinya tunggu kat umah je, bukan xnak ikut skali, sebabnya malam tu hujan lebat, tak0t t ada pacat.. Wooo, pacat xbole mainla, geli toqq.. Huhu.. Hasil kutipan duyan? Chewahh, mestila banyak? Nak tengok? Nak tengok? T intai kat bawah entri ni yew... ;-)
Kat cini, duyan murah jep, x mcm kat terengganu.. Haa, mesti tertanya tanya kat mane an? Kt pahangla, mane lagi.. :-)
Kat cini, tempoyak lagi mahal dari duyan taw.. =-O:-D
Xcaye? Addoiyhh, caye jela.. Kah3.. J0m kite cuci2 mata tengok duyan n lepas tu leh tdow..  :-)


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Perancangan Cuti

Assalamualaikum...
Hurm.. Sekarangkan dah hbs berperang.. Cuti un pnyela lama.. Apala yang dibuat cuti2 ney.. Banyak pilihan ney,. Pilihan pertma.. Jeng2, mengemukkan bdan dengan duk rehat2 kat rumah.. Makan tidow makan tidow.. Huhu, biar gemuk smpai jd cam ni hah, (mcam gmbar kat bwah tuh)
Huhu, gerenti smue laki yang pandang ain akan pndang kali kedua.. Hehe.. Chubby gitu.. Alahai.. Hehehe.. Mcam bdak2 laki kampung yang nampak awek yg pkai make up tebal 10 inci tuh.. "Wow, awek tuh, skali pandang cam siti nurhaliza, dua kali pndang cam blozar! "
Hebat tol.. ^^v
Ada masa, kta critep same2 lagi,..


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...