STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Februari 2013

10 Gajet Termahal di Dunia


1) Tablet Gold Motorola Xoom edisi terhad
Syarikat  teknologi Motorola memperkenalkan tablet Xoom bersalut emas ini dalam kuantiti yang sangat terhad. Ia hanya untuk dibawa oleh artisartis ternama pada acara Anugerah Academy di Hollywood. Ia digunakan ketika golongan ini memperkenalkan calon-calon bagi beberapa kategori
seperti artis terbaik, pelakon terbaik, aktor pendukung terbaik dan sutradara terbaik.

2) iPhone 4 Diamond Rose
Telefon pintar iPhone 4 yang disaluti emas berwarna merah dan lebih 500 butiran berlian ini berharga £5 juta (RM24,702,075). Ia juga ditaburi 53 butiran berlian yang membentuk logo Apple di belakangnya serta control navigasi utamanya diperbuat daripada platinum dengan berlian merah jambu di tengahnya.




3) Casing Tinie Tempah’s Gold Mobiles
Casing emas 22 karat untuk telefon jenama Blackberry ini diperkenalkan pada acara Brit Award.
 


4) Fon kepala DJ Swarovski
Fon kepala menjadi peralatan yang diperlukan ketika mendengarkan muzikselain dijadikan aksesori yang sangat unik. Fon kepala Audio Technica ATHM50 yang dipenuhi dengan batu Swarovski di seluruh lapisan luarnya ini pernah dibida pada harga £1,799,99 (RM889,270) di Firebox.com.


5) Tetikus Swiss
Sebuah perusahaan di Swiss mencipta tetikus komputer yang disaluti emas putih 18 karat serta 59 potongan berlian.  Menggunakan Diamond Flower dan Scattered Diamond, ia ditawar pada harga £16, 200 (RM80,035) di laman web Fabstuff.net.

6) Motorola Motopure H12
Headset keluaran Motorola ini juga tergolong antara gajet termahal di dunia. Harga yang ditawarkan sekitar £4,000 (RM19,764), bersesuaian dengan bahan binaan yang digunakan iaitu emas putih atau kuning 18 karat di bahagian depan serta 250 potongan berlian putih, merah dan hitam.


7) Gold Nintendo Wii
Nintendo Wii bertahta emas ini jauh berbeza dari beberapa siri Nintendo Wii yang lain. Konsol permainan yang disaluti emas 24 karat ini dijual pada harga £529 (RM2,614).


8) Dock Kristal
Dudukan untuk iPod atau iPhone ini diperbuat daripada kristal dan ia merupakan buatan tangan
dari seniman asal Slovenia, Calypso. Ia mempunyai empat reka bentuk dan hanya 999 buah sahaja yang dihasilkan pada harga 349 Euro (RM1,380).

 


9) Prestige HD Supreme Edition
Televisyen layar datar mewah ini mampu menarik serta menangkap perhatian setiap orang yang melihatnya. Berukuran 55 inci serta disaluti emas 22 karat, ia juga diperkemaskan dengan 48 butir berlian dan disaluti kulit buaya. Beratnya mencecah 19 kilogram dan harga yang ditawarkan ialah £1
juta (RM4,941,175).



10) Leica M9 Titanium
Kamera M9 ini merupakan kamera digital pertama yang memiliki frame penuh sensor CCD yang berfungsi memotret dengan sempurna mengikut format 35 milimeter. Lebih eksklusif, hanya 500 buah kamera titanium ini sahaja dihasilkan dan dijual pada harga £19,200 (RM94,840) setiap satu.


Semua gambar adalah dari Encik Google

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Laman Web Paling Popular di Google (2012)


Enjin carian laman web terkemuka, Google baru-baru ini mengumumkan
laman web terhangat yang kerap dikunjungi bagi tahun ini (2012).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat enjin carian tersebut, semakan terhadap prestasi pelajar ketika musim peperiksaan merupakan carian yang kerap di log masuk oleh ibu bapa bagi memantau prestasi anak-anak. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dilihat menjadi carian yang kerap dikunjungi sepanjang tahun menunjukkan kebimbangan ibu bapa terhadap keputusan pelajaran anak mereka.

Sementara itu, lagu hit global nyanyian Psy yang menjadi fenomena dunia, Gangnam Style, jatuh di tempat kedua mengatasi carian mengenai jentera keluaran Proton iaitu Preve yang berada di tempat ketiga.

Tempat keempat adalah carian laman media sosial berasaskan imej 9GAG sekali gus meletakkan laman web membeli-belah fesyen dalam talian iaitu Zalora berada di tempat kelima terma carian paling hangat tahun ini.

Jurucakap Google, Zeffri Yusof berkata, enjin carian tersebut sering menjadi pilihan utama bagi rakyat Malaysia untuk mengikuti sukan kegemaran, mengetahui berita terkini atau meneroka perkara baru.

Zeitgeist akhir tahun ini adalah barometer budaya yang memberi gambaran sebenar peristiwa penting, detik bersejarah serta trend yang semakin meningkat di Malaysia pada tahun 2012.

Mengikut kategori ‘Apakah/ What’ yang digunakan pengguna enjin carian Google, klip video Gangnam Style sering menjadi pilihan untuk ditonton di YouTube kerana fenomena tersebut menimbulkan rasa ingin tahu masyarakat sehinggakan ia berada pada kedudukan teratas bagi senarai carian kategori ‘Apakah’.

Kematian Whitney Houston pada Februari menjadikan beliau personaliti yang paling kerap dicari bagi tahun 2012 mengatasi bintang bola keranjang, Jeremy Lin.

Bagi artis tempatan, penyanyi bersuara lunak, Shila Amzah, yang telah menjuarai pertandingan Asian Wave di Shanghai serta penyanyi Izwan Pilus, yang meninggal dunia akibat jangkitan darah pada bulan Januari lalu menjadi subjek carian paling tinggi dalam negara.

Bagi carian imej terlaris, rakyat Malaysia meletakkan imej matahari terbit, awan gebu dan lain-lain carian berkaitan sinaran mentari pagi di tempat teratas bagi kategori ini.

Bersesuaian dengan pembukaan Legoland Malaysia di Johor pada bulan September lalu, ia sekali gus meletakkan destinasi tersebut sebagai tempat yang paling dicari untuk dikunjungi selain tempat-tempat percutian popular lain seperti Sunway Lagoon, Langkawi, Cameron Highlands dan Melaka.

Tidak dinafikan, kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal berada di tempat teratas senarai sebagai pasukan paling dicari menewaskan pasukan pilihan tradisi Manchester United dan Liverpool. Juara Liga Super Malaysia 2012 iaitu Kelantan yang turut tersenarai dalam 10 terhangat paling kerap dicari menerusi enjin carian Google.



Bagi kategori yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu carian on-the-go yang menjurus kepada carian personality menyaksikan pendakwah selebriti Ustaz Azhar Idrus merupakan individu yang kerap dicari di skrin telefon bimbit.

Berikut adalah carian paling tinggi menerusi Google:

Istilah Carian Global Terhangat
1. Whitney Houston
2. Gangnam Style
3. Hurricane Sandy
4. iPad 3 Duncan
5. Diablo 3 10. BBB12
6. Kate Middleton
7. Olympics 2012
8. Amanda Todd
9. Michael Clarke

Carian Terhangat 2012 Google Malaysia Program TV (Most Searched)
1. Upin dan Ipin
2. Boboiboy
3. Ultraman
4. Running Man
5. Adam Dan Hawa
6. Tom And Jerry
7. Ben 10
8. Money Drop
9. Power Rangers
10. Doraemon

Atlet
1. Lee Chong Wei
2. Jeremy Lin
3. Cristiano Ronaldo
4. Lionel Messi
5. Robin Van Persie
6. Lin Dan
7. Roger Federe
8. Maria Sharapova
9. Usain Bolt
10. Fernando Torres

Sukan
1. Arsenal 
2. Manchester United 
3. Liverpool 
4. Chelsea 
5. Real Madrid 
6. Manchester City
7. Barcelona
8. QPR
9. Kelantan
10. Tottenham Hotspur

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

First Giveaway by MisEyz

Klik gambar yang cute mute tu untuk join sama..
ain tag semua orang.. hehehe...
macam x aci jew...

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Jenama Jam Termahal Dunia



SELAIN menjadi penunjuk waktu, jam tangan juga menggambarkan karakter si pemakainya. Bagi individu mementingkan kesempurnaan serta kemewahan, jam tangan menjadi pengukur dalam mendefinisikan gaya dan elegan. Berikut adalah antara jenama jam termahal di dunia yang menjadi pilihan golongan hartawan seluruh dunia.

1) Hublot – Million AS$ Black Caviar Bang
Jam tangan buatan Mo’t Hennessy Louis Vuitton pada tahun 1980 ini diperincikan dengan 544 berlian hitam
34.5 karat berharga AS$1,000,000 (RM3.06 juta).



2) Jacob & Co – Crystal Tourbillion
Menggabungkan emas putih serta 17.45 karat berlian dan kristal berharga AS$900,000 (RM 2.76 juta).
 



3) Audemars Piguet – Jules Audemars Grande Complication
Dibina dengan kemasan titanium serta memiliki indikator saat, minit dan bulan. Berharga AS$780,600 (RM 2.39 juta).




4) Breguet – Classique 5349 Grande Complication
Jam tangan keluaran jenama terkenal Swatch dengan perincian berlian serta emas putih ini dijual pada harga
AS$755,000 (RM 2.31 juta).
 
5) Omega – Constellation Baguette
Diperincikan dengan 457 butir berlian 30 karat di atasnya serta di kelilingi bingkai emas putih berharga AS$708,742 (RM 2.17 juta).



6) Vacheron Constantin – Malte Tourbillion Regulator
Memiliki kombinasi 263 karat berlian dan 274 karat berlian berharga AS$700,000 (RM 2.14 juta).
 



7) Greubel Forsey – Quadruple Tourbillion
Memiliki 2 tourbillion, disaluti platinum dan kulit buaya dijual pada harga AS$690,000 (RM 2.11 juta).


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...