STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Jun 2013

Dinasour Di China

mknxdg.jpg

WASHINGTON - Sekumpulan ahli biologi mengumumkan, penemuan baki fosil dipercayai anak dinosaur adalah tergolong dalam spesies pemakan daging di China.

Fosil berkenaan dinamakan Aorun Zhaoi bersempena watak Dragon King menerusi epik dogeng Journey to the West yang hidup lebih 161 juta tahun lalu menyamai zaman Jurassic di dalam epik dogeng yang sama.

"Rangka anak dinosaur ini bersaiz kecil dan hanya memiliki beberapa batang gigi tajam serta taring dipercayai menjadikan cicak dan mamalia kecil sebagai makanannya," kata penyelidik Universiti George Washington, Amerika Syarikat, Profesor James Clark.

Rangka anak dinosaur ini adalah penemuan kelima oleh kumpulan penyelidik di kawasan Wucaiwan diketuai Clark dan wakil Akademik Sains Xu Xing, China.

Butiran mikroskopik pula mendedahkan, berdasarkan tulangnya, Aorun Zhaoi adalah haiwan yang berusia tidak kurang daripada tiga tahun dan mati di kawasan sungai ketika musim kemarau. Dipetik dalam laporan Xinhua.

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Pulau Ditelan Laut, Kini Muncul Setelah Seabad Menghilang

bndarxlautx.jpg

BUENOS AIRES, Argentina - Bandar peranginan Epecuen di negara ini yang dibanjiri dengan air masin selama suku abad kini kembali menjadi daya tarikan pelancong.

Ia menjadi daya tarikan pelancong selepas air yang memenuhi bandar itu kembali surut.

Bandar itu dipenuhi dengan air masin selepas berlaku ribut yang membawa hujan lebat pada 10 November 1985.

Air masin itu membanjiri bandar ini selepas ia melimpah dari sebuah tasik akibat hujan lebat.

Ketika ribut itu berlaku, orang ramai melarikan diri dan dalam tempoh beberapa hari sahaja, rumah-rumah mereka ditenggelami air masin yang setinggi hampir 10 meter.

Sebelum ribut itu berlaku, Epecuen dikunjungi seramai 20,000 orang bagi setiap musim percutian untuk mandi air masin dan menggunakan kemudahan spa.

Tasik di bandar ini mempunyai garam 10 kali ganda daripada lautan menyebabkan badan para pelancong akan terapung sama seperti di Laut Mati di Asia Barat.

Perjalanan dengan menggunakan kereta ke Epecuen dari bandar raya Buenos Aires memakan masa selama enam jam dengan melalui jalan di kawasan luar bandar sejauh 550 kilometer.

Para pelancong kini datang untuk melihat kenderaan, perabot dan rumah yang sebelum ini ditenggelami air masin di bandar itu.- Agensi 

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Olm Si Naga Laut

olmx1.jpeg

Haiwan yang mempunyai kulit seperti manusia dipanggil Olm, amfibia ini mempunyai 4 kaki dan terbentuk seperti naga . Mungkin antara sedar atau tidak kita sebenarnya sedang berhadapan dengan seekor naga kecil yang mampu hidup diatas tanah dan juga dilaut masin . Olm boleh mencecah kepanjangan hingga ke 15 inci . Jika semakin berusia atau tua Olm akan berubah kulitnya menjadi Grey , jika masih muda Olm mempunyai kulit berwarna kekuningan dan pink muda seperti kulit bayi .

Sebenarnya haiwan ini meskipun tidak mempunyai kekuatan dan stuktur tubuhnya seperti haiwan haiwan amfibia yang lain , namun Olm mempunyai wajah yang menarik dan comel . Video mengenai Olm boleh ditemui di Youtube . Olm bergerak persis ular dan adakalanya seperti seekor naga yang sedang meluncur ke awangan . Mungkin selepas ini ramai yang ingin memelihara Olm sebagai pets . Kebanyakan Olm boleh ditemui di negara Eropah termasuklah Croatia dan  Herzegovina serta negara2 yang lain ....

Lihat Lagi Pic Olm Dibawah:

olmx2.jpeg
olmx3.jpeg

olmx4.jpeg



THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Anak Kambing Aneh Berkaki Tujuh

kkix1.jpg

Anak kambing aneh ini dilahirkan berbeza dengan kambing yang lain . Sewaktu kelahirannya , ibu kambing tersebut mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan . Kambing yang kini berusia dalam sebulan masih hidup dan sihat ,. Keanehan kambing berkaki tujuh memang jarang2 berlaku . Paling paling boleh ditemui sebanyak 6 kaki .

kkix2.jpg

Kisah kambing berkaki tujuh berlaku di China namun tidak diketahui lokasi serta nama pemelihara kambing tersebut .. Sumber

p/s: SubhanaAllah

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Transformer Dari China Seberat 480 Kilogram

rbyxt.jpg

BEIJING - Seorang pencipta amatur, Tao Xiangli mencipta sebuah robot yang diperbuat daripada barang-barang kitar semula dan wayar elektrik di rumahnya di sini.

Dia membelanjakan kira-kira 150,000 yuan (RM73,427) dan menghabiskan masa selama lebih 11 bulan untuk membuat robot tersebut.

Barang-barang itu dibeli dari kedai yang menjual barang-barang terpakai.

Menurut media tempatan, robot itu setinggi 2.1 meter dan seberat 480 kilogram. - Reute

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Wanita Ini Jual Kentutnya Di E-Bay

jual-kentut.jpg

Ramai orang yang memanfaatkan eBay untuk berdagang barang koleksi dari barang keperluan hingga ke barang yang sukar ditemukan.. tapi yang peliknya, wanita pemilik akaun kbug1978 ini menjual gas kentutnya di dalam balang kaca yang tertutup rapi di dalam eBay..

ini adalah kentut yang amat segar yang ditulis pada sebuah bekas, sangat mungil dan menawan.. saya yakin kentut ini cukup murni dan tidak tercemar oleh udara atmosfera.. anda boleh mendapatkan kentut dalam botol ini dengan hanya $2-$50″ Sumber

p/s : Macam2 laa.. kentut pown jual kew?? Entah laku entah tidak..

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Ada 'Jembalang' Sedang Jual Spare Part Kereta Dimudah.my ?

lembaga-aneh-mudah-my.jpg

Terang tak mata u olls? Kalau terang sila lihat betul betul apa yang u olls nampak ? . Photo ini ditemui di satu halaman terkemuka malaysia iaitu Mudah.My . 
Satu imej ganjil muncul dikedua dua Spare Part kereta tersebut . Mungkin U olls kena perhatikan betul betul baru nampak bayangan 'Jembalang' yang saya maksudkan itu . OK?
Juz fokus untuk nampak jembalang tuh!
Sumber

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Cedera Dimuka Terkena Objek Misteri

objekxtbgx.jpg

BALING - Seorang murid sebuah sekolah di sini, menerima 14 jahitan di muka apabila sebuah objek terbang mengenai mukanya ketika dia bersama dua rakannya dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di padang sekolah, kira-kira jam 1.30 petang Selasa lalu.

Nor Alia Shamimi Muhamad Jefri@Mimi, 10, cedera dan mengalami pendarahan teruk di muka, selain patah tulang hidung setelah objek itu secara tiba-tiba mengenai tepat ke mukanya.

Keadaan itu mengakibatkan anak kedua dari tiga beradik itu hampir pengsan dan terpaksa bertahan pada tiang gol bola sepak, sementara menunggu dua rakannya, Nur Ainul Madiah Mohd Karim, 10, dan Nuraidah Taqifah Samsuri, 10, memaklumkan kejadian itu kepada guru mereka.

“Mimi tak tau nak buat apa, Mimi terus nangis dan jerit panggil ibu. Memang sakit, rasa kebas satu muka. Mimi tinggal sorang diri sebab dua kawan lain lari untuk beritahu kepada guru dan ibu Mimi,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Terbak, Mukim Siong, di sini, semalam.

Selepas beberapa minit menahan kesakitan, Mimi dibawa gurunya ke Hospital Baling seterusnya dihantar ke Hospital Sungai Petani.

Ditanya objek apakah yang mengenai mukanya itu, Mimi berkata, dia tidak tahu kerana terus rebah setelah objek tersebut mengenai mukanya.

“Tapi, kawan cakap, objek itu datang dari traktor mesin rumput kat padang. Mereka nampak objek itu keluar dari tayar traktor dan terus terbang ke arah kami.

“Dua rakan Mimi sempat elak, tapi Mimi tak nampak objek itu, sebab itu objek itu terus kena muka Mimi. Lagipun traktor itu tak berapa jauh dengan kami,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Mazlina Md Desa, 40, berkata, doktor memaklumkan kedalaman luka anaknya itu hampir dua sentimeter dan terdapat sedikit retakan di bahagian tempurung kepala.

Menurutnya, anaknya itu akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah dalam beberapa minggu lagi untuk pemeriksaan di kepala. Sumber

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Askar Haiti Minum Darah Kambing

haitixhh.jpg

MARIANI - Askar-askar yang dibubarkan percaya ritual meminum darah kambing akan dapat membantu tentera diwujudkan semula di Haiti.

Upacara yang merupakan sebahagian daripada amalan ilmu hitam dikenali sebagai voodoo itu berlangsung di sini kelmarin.

Selepas meminum darah kambing yang dipanaskan, mereka berarak di sepanjang jalan raya di sini untuk meraikan ulang tahun ke-210 kewujudan bendera kebangsaan Haiti.

Askar-askar tersebut menuntut pemerintah mewujudkan semula tentera di negara Amerika Tengah itu.

Angkatan Bersenjata Kebangsaan Haiti dibubarkan pada 1995 kerana ia kerap terlibat menggulingkan pemerintah dan menggunakan kekerasan dalam menangani tunjuk perasaan. - AP . Sumber

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Kanak Kanak Tertikam Pemutar Skru Dihidung

jiali.jpg
Kanak kanak berusia 4 tahun ini hampir maut apabila pemutar skru menusuk kelubang hidungnya .. Jiali, dari Tianshui, Gansu China ingin memberi pemutar skru kepada ibunya namun dia tergelincir menyebabkan pemutar skru tersebut menikam hidung ..
Akibat dari kecelekaan tersebut , Jiali dikejarkan ke hospital dan kes tersebut di sahkan oleh Ketua Pakar Bedah Yu Qin .. Kejadian itu berlaku ketika keluarga mereka melawat rumah nenek Jiali . Pemutar skru berada hampir 2-3mm menembusi otaknya .
Lihat 5 Photo Yang Lain:
jialix1.jpg
Jialix2.jpg
Jialix3.jpg
Jialix4.jpg
Jialix5.jpg

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Doodle Untuk Pemenang

Sekarang ain nak bagi hadiah kat pemenang Gila2 Giveaway by Alja, 3 orang yang dapat doodle ni..
Ain xdapat join GA sini sebab sibuk.. Chewaahh.. Sibuk? A aa memang sangat sibuk, banyak sangat  kerja sekolah walaupun baru saja menjejak kan kaki ke sekolah pada 8/5/2013.. Alaa.... Tingkatan 6, kan masuk pertengahan tahun, jangan nak pelik sangat ok!! Heheh.. Tak nak banyak cakap sebab leas ni nak sambung kerja sekolah yang tegendala sebab hantar abg ain g Tanjung Malim, Perak. Buat apa Tnajung Malim? Ok, apayang ada kat Tanjung Malim? UPSI kan? So, ain pergi hantar abang ain kat UPSI laa.. :-)
Best tengok abg dapat masuk U! Oppss! Dah terlehin panjang plak cete kan. OK2, Nah doodle untuk pemenang, sebelum tu tekan2 la kat sini . Dah tekan?? TQ!







  
Harap u olls suka!








THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Wanita Tua Ini Mempunyai Sayap??


Beberapa waktu yang lalu dunia cyber di Guangzhou (China) di gemparkan dengan kemunculan foto manusia bersayap yang di temuidi daerah tersebut. Menurut berita yang tersebar ketika itu , manusia bersayap itu ditemui  dalam keadaan tidak bernyawa.

Cerita tentang foto tersebut menimbulkan berbagai macam spekulasi tentang apa sebenarnya susuk misteri yang di gambarkan sebagai perempuan tua dengan pakaian serba putih dengan sayap yang sudah tidak ada bulunya lagi. Anggapan paling banyak adalah bahawa manusia bersayap tersebut adalah malaikat yang jatuh dari langit


Oleh kerana cerita itu hebat diperkatakan, menyebabkan dua orang mahasiswa menyelidik untuk mencari kebenaran foto itu. Dari pengamatan yang mereka lakukan, muncul sebuah kesimpulan bahawa Foto ini di buat dengan teknik manipulasi (photoshop) yang sangat bagus. 

Kesalahan dalam foto ini adalah sayap perempuan tua yang di sebut-sebut sebagai malaikat yang jatuh dari langit ternyata hanyalah "SAYAP AYAM" biggrin .. Hehe.. Haaa.. kan dah kena..!


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...