STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku

Tanda - Tanda Lelaki Curang

Dengan lafaz bismillah.. hari ni aku nak update pasal tanda2 lelaki curang. Mesti kau panas hatikan bila tahu yang pasangan
korang curang. Perasaan tu rasa macam nak pecah je hati kau dan sebab sampai tak boleh nak bernyawa. Ya, kita sememangnya 
manusia dikurniakan hati dan perasaan. Dan sebagai manusia juga hati kita mudah terluka dan sangat mudah tersentuh. 
Dan manusia yang bernama lelaki ni jenis yang tak pernah cukup dari satu, slalu je nak lebih. Pernah kan dengar ayat
macam ni, "orang bagi betis, nak peha".Itulah lelaki sebenarnya, tak pernah nak menghargai orang yang sayang dia. sebab 
apa kau rasa kaum lelaki ni beperangai macam tu? Aku rasa kaum lelaki fikir yang kaum dorang dah nak pupus dan kaum perempuan
pulak sentiasa je banyak, jadi dorang boleh pilih mana2 je yang dorang suka. Tapi, ada je lelaki yang pandai menghargai
perempuan tapi dah golongan ni makin lama makin pupus. Ratio kira2 1:100000. Beruntung snagat siapa yang dapat lelaki yang
sentiasa menghargai wanita. Alhamdulillah

Tak nak cakap banyak, jom kita tengok tanda-tanda lelaki dah curang.

1. Cara dia mesej kau lain
Ok, katakanlah korang kenal dengan mamat ni dah bertahun tahun dan kau dah memang betul2 dah kenal cari dia balas mesej
kau. Tiba2 kau perasan cara dia dah lain. Contohnya, macam sebelumnya ni kau mesej/whatsapp dia, perkataan "tahu" dia 
bila dengan kau "tau" tapi tibe2 je jadi "taw". Maknanya dia memang dah mula senyap2 mesej/whatsapp perempuan lain dan 
dia punya kerap mesej dengan perempuan tu sampai terikut2 cara dia mesej.

2. Dia balas mesej/whatsapp kau lambat dan ringks
Haa.. bila dah mesej dengan perempuan lain, dengan kau lagi, confirm2lah lambat weh. Nak balas mesej/whatsapp kau lagi nak 
balas mesej perempaun tu lagi. Mana sempat nak laju2 balas mesej kau, sebab apa? dia punya otak tengah fikir ayat nak 
tackle perempuan tu. Dan.... confirm dia balas mesej kau seringkas yang boleh. kau tanya dia "dah makan ke?" dia akan
jawab "ye" je, padahal biasanya kalau kau tanya macam tu dia akan jawab "dah makan dah, awak dah makan?. dia punya ringkas
tu memang seringkas2 yang boleh sebab masa dia bukan untuk kau tapi untuk perempuan tu. Nampak tak perbezaan dia? 
Huhh.. sakit weh.....

3. Selalu je online whatsapp
Hmmm.. bila dah ada perempuan lain, mestilah akan selau berbalas2 wasap belakang kau sbb dia dah tertarik dengan perempuan
tu dan nak tackle peremouan tu dan kau akan selalu je tengok dia online 24 jam walaupun dia tak mesej dengan kau. 
Biasanya dia hanya akan online bila whatsapp dengan kau, tapi masa tu kau tak whatsapp dengan dia pun dan dia tengah online.
Kalau macam sekali dua je kau nampak buat tak tahu jelah, tapi bila dah kerap sangat dan kau rasa lain, kau digalakkan untuk 
berfikir bukan2. 

4. Cepat marah walaupun benda yang kecik
Haa.. cuba kau tanya dia kenapa slalu je dia online whatsapp skarang? Confirm kena marah weh dan ayatnya akan berbunyi
macam ni "online pun susah, tak online pun susah, rimaslah". See? Padahal kau tanye je pun. Dah dia nak marah. Kalau
dulu kau tanya macam tu mesti dia akan jawab macam ni, "saya whatsapp dgn member", "saya tgh bincang pasal asinggment ni"
"saya tengah tunggu awkla". See? Nampak sangat perbezaan cara dia layan kau makin hari makin berubah. Dan dia akan selalu
je tiap masa nak marah kau, apa yang kau buat semua tak kena dekat mata dia.
'
5. Selalu bagi alasan dalam segala genap hal
Haa...bila dia selalu marah aku mesti kau akan tanya "kenapa awak selalu marah saya sekarang?" dan dia akan selambe bagi
alasan yang mesej dengan kau meyakitkan hati dia. See? alasan dia bagi tuh boleh bernanah hati kau bila baca. Dan
kau tak putus asa kau tanya dia lagi, "kenapa msej sy menyakitkan hati awak?" dan dia dengan selamba sekali lagi jawab
"sebab saya dah bosan mesej dengan awak". Dan kau tak putus asa lagi demi nak menjaga perasaan orang yang kau sayang
dan hubungan kau, kau pendamkan je ayat tajam berduri dia dalam hati dan kau tanya lagi dengan lurus bendul, 
"kenapa awak bosan? kalau bosan jomlah kita jumpa, baru tak bosan". Dan sekali lagi hati kau kecewa bila dia tolak mentah2
pelawaan kau dengan ayat yang betul2 berduri macam duri durian. "maaf, saya sibuk dan saya malas nak jumpa awak"

6. Tak nak jumpa kau.
Bila kau ajak dia akan tolak mentah2 dan cakap yang dia sibuk la, apelah. Dia memang sengaja bagi alasan sebab dia
dah tak jumpa dan tengok muka kau sebab hati dia dah terpaut dengan orang lain, dia dah bosan dan muak dengan kau, buat apa
dia nak jumpa kau lagi? buang masa dia je, baik dia jumpa dengan perempuan baru dia.Hahaha.. dan lagi satu sebab dia
tak nak jumpa dengan kau sebab dia tak nak kau usik barang dia terutamanya phone, kalau kau yang jenis bila jumpa je nak
tengok phone dia laa.

7. Tak bagi tengok phone
Haa.. kalaulah masa korang ajak jumpa tu dia jumpa dengan korang. Baguslah, mungkin dia masih sayang kau, tak pun, mungkin
sebab dia nak ambik kesempatan dekat kau kalau kau ni jenis yang suka bagi barang atau belanja dia. Dulu masa jumpa
kau selamba je ambil phone dia dan cek mesej dia, dan dia tak pernah nak marah bila kau buat macam tu. TAPPI.... Bila 
sekarang kau nak tengok phone dia, dia tak bagi dan siap marah2 kau lagi. Dan masa tu kau tak sedar lagi yang
kau dah diperbodohkan oleh dia jadi kau rampas phone tu konon2 nak bergurau senda dengan kekasih kau. Sebab sebelum ni
dia tak prnah nak marah kalau kau main phone dia, jadi kau anggap itu satu gurauan. Dan masa tu kau akan tengok muka
dia marah kau macam nak telan hidup2. Dan lagi menyedihkan bila kau nak bukak phone tuh dan tak boleh sebab dia dah tukar 
kata laluan, padahal dulu kau tahu kata laluan dia. See? Dan yang paling2 menyedihkan lagi bila ada whatsapp
perempuan masuk yang berbnyi "i love you". Haaa... memang akan terketarlah kaki kau masa tu. Bila kau tanya dia siapa 
perempuan tu, dia akan jawab.. "kawan". Dan dia tak nak explain pape pun dekat kau lagi dan terus marah2 kau sebab tu 
privacy dia.. See??? Bertapa kejamnya lelaki ni. Dan disebabkan pristiwa itu, kau merajuk dengan dia.

8. Langsung tak endahkan kau ibarat kau dah mati.
Ok, kau tengah merajukkan sebab kau tahu dia ada perempuan lain. Kau punya merajuk tu punyalah lama sampai berbulan-bulan
lama tapi dia tak pernah nak pujuk kau. Dia buat endah je kat kau ibarat kau dah tak wujud dalam hidup dia. Sadis betul!!
Dia tak mesej kau walau setitik noktah pun dan dalam masa berbulan2 tu kau pujuk hati kau sendiri dan bila kau dah tak 
than dengan kerinduan yang kau tanggung sbelum ni kau cuba mesej dia balik dan alangkah terkejutnya kau yang dia dah suruh
kau cari lelaki yang lebih baik dari dia sebab dia dah ada orang lain dan dia dah bahagia dengan orang lain. Hancur luluh 
hati kau kan.....  dan ternyata dia curang dengan kau....


(AbamSadoGoogle)

Sekadar perkongsian aku sahaja. mana kau rasa tak betul tu maknanya taklah, dan mana kau rasa yang betul tu, maknanya betul
lah..Perasaan sakit dikhianati memang sakit, sampai kau akan rasa dunia kau dah tak ada warna lagi.. Sangat sedih.. 
nantikan sambungan aku kenapa lelaki curang. Bye

"Jangan endahkan orang yang tak mengendahkan- Harihdannia"

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...