Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda.
1. Jadikan air masak sebagai minuman utama
Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda.
Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air
jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai
minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air
jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan
11 kilo tambahan kepada berat badan!
2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan
makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika
anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu
sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak
akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang
mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan
perasaan lapar.
3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan
kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat
kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda
berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah,
parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika
dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram
berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda
sedari
4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru
dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna
biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam
pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja
berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan
oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!
5. Buang pakaian besar anda
Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!),
pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh
itu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru
jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk
anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!
6. Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka
lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar
anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.
7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk
kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang
makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu
menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang
memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat,
kalsium dan paling penting kurang lemak.
8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya
kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan
pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya
makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika
anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar.
Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.
9. Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding
perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk
menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi
isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.
10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum
jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi
lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah,
bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.
THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥