Enjin carian laman web terkemuka, Google
baru-baru ini mengumumkan
laman web terhangat yang kerap dikunjungi bagi tahun ini
(2012).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat enjin
carian tersebut, semakan terhadap prestasi pelajar ketika musim peperiksaan
merupakan carian yang kerap di log masuk oleh ibu bapa bagi memantau prestasi
anak-anak. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dilihat menjadi carian yang
kerap dikunjungi sepanjang tahun menunjukkan kebimbangan ibu bapa terhadap
keputusan pelajaran anak mereka.
Sementara itu, lagu hit global nyanyian Psy yang menjadi
fenomena dunia, Gangnam
Style, jatuh
di tempat kedua mengatasi carian mengenai jentera keluaran Proton iaitu Preve
yang berada di tempat ketiga.
Tempat keempat adalah carian laman media sosial
berasaskan imej 9GAG sekali gus meletakkan laman web membeli-belah fesyen dalam
talian iaitu Zalora berada di tempat kelima terma carian paling hangat tahun
ini.
Jurucakap Google, Zeffri Yusof berkata, enjin carian
tersebut sering menjadi pilihan utama
bagi rakyat Malaysia
untuk mengikuti sukan kegemaran, mengetahui berita terkini atau meneroka
perkara baru.
Zeitgeist akhir tahun ini adalah barometer budaya yang
memberi gambaran sebenar peristiwa penting, detik bersejarah serta trend yang semakin
meningkat di Malaysia pada tahun 2012.
Mengikut kategori ‘Apakah/ What’ yang digunakan pengguna
enjin carian Google, klip video Gangnam Style sering menjadi pilihan untuk ditonton di YouTube kerana fenomena
tersebut menimbulkan rasa ingin tahu masyarakat sehinggakan ia berada pada
kedudukan teratas bagi senarai carian kategori ‘Apakah’.
Kematian Whitney Houston pada Februari menjadikan beliau
personaliti yang paling kerap dicari bagi tahun 2012 mengatasi bintang bola
keranjang, Jeremy Lin.
Bagi artis tempatan, penyanyi bersuara lunak, Shila
Amzah, yang telah menjuarai pertandingan Asian Wave di Shanghai serta penyanyi Izwan Pilus, yang meninggal
dunia akibat jangkitan darah pada bulan Januari lalu menjadi subjek carian
paling tinggi dalam negara.
Bagi carian imej terlaris, rakyat Malaysia meletakkan
imej matahari terbit, awan gebu dan lain-lain carian berkaitan sinaran mentari pagi
di tempat teratas bagi kategori ini.
Bersesuaian dengan pembukaan Legoland Malaysia di Johor
pada bulan September lalu, ia sekali gus meletakkan destinasi tersebut sebagai
tempat yang paling dicari untuk dikunjungi selain tempat-tempat percutian
popular lain seperti Sunway Lagoon, Langkawi, Cameron Highlands dan Melaka.
Tidak dinafikan, kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal
berada di tempat teratas senarai sebagai pasukan paling dicari menewaskan
pasukan pilihan tradisi Manchester United dan Liverpool. Juara Liga Super
Malaysia 2012 iaitu Kelantan yang turut tersenarai dalam 10 terhangat paling
kerap dicari menerusi enjin carian Google.
Bagi kategori yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu
carian on-the-go
yang menjurus
kepada carian personality menyaksikan pendakwah selebriti Ustaz Azhar Idrus
merupakan individu yang kerap dicari di skrin telefon bimbit.
Berikut adalah carian paling tinggi menerusi Google:
Istilah Carian Global Terhangat1. Whitney Houston2. Gangnam Style3. Hurricane Sandy4. iPad 3 Duncan5. Diablo 3 10. BBB126. Kate Middleton7. Olympics 20128. Amanda Todd9. Michael Clarke
Carian Terhangat 2012 Google Malaysia Program TV (Most Searched)1. Upin dan Ipin2. Boboiboy3. Ultraman4. Running Man5. Adam Dan Hawa6. Tom And Jerry7. Ben 108. Money Drop9. Power Rangers10. Doraemon
Atlet1. Lee Chong Wei2. Jeremy Lin3. Cristiano Ronaldo4. Lionel Messi5. Robin Van Persie6. Lin Dan7. Roger Federe8. Maria Sharapova9. Usain Bolt10. Fernando Torres
Sukan1. Arsenal2. Manchester United3. Liverpool4. Chelsea5. Real Madrid6. Manchester City7. Barcelona8. QPR9. Kelantan10. Tottenham Hotspur
2 ulasan:
wah... nice sharing dear...
@Farah Waheda Wahid tq akak...
Catat Ulasan