STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: 2015

Lepasan STPM

Apa yang patut kita buat lepas sekian lama belajar? Yang aku nak ulaskan kat sini, yang ambik STPM macam aku. Selama setahun setengah korang berhempas pulas untuk menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dengan begitu banyak tekanan, dugaan, alahan, kekecewaan, kedukaan, dan bermacam2 an2 lagi.. Apa korang nak buat? Tu cerita korang apa yang korang nak buat. Haha.. Itu persoalan saje, sebenarnya aku nak bercerita pasal aku, APA YANG AKU BUAT LEPAS STPM!

Lepas habisnya kesengsaraan aku jawab soalan yang telah mengecutkan sel2 otak aku, aku buat keputusan.. Aku nak kerja.. Belajar cari duit sendiri, walaupun masa tu umur aku 19 tahun.. Aku mintak izin dengan mak aku bagitau yang aku nak kerja.

Aku : Mok, ore nok kijo, ore puah duk dumoh. Tak tahu nak buat gpo.
Mok : Nok kijo mno gak..?
Aku : Ikutla mno2 pun, asal kae kijo, buleh pitih..
Mok : Doh, ikutlah nak kijo gak kijo.

Ok, green light. Perbualan aku dengan mak aku, biasala aku orang kelantan, mestilah cakap kelantan walaupun aku tinggal di Terengganu. Memang tipula kalau perbualan aku dengan mak aku bahasa bandar.. Dah tu, kenapa aku tulis bahasa bandar..? SEBABNYA, aku tak naklaa nanti ada yang baca blog aku ni, ada yang tak faham.. Tapi, kalau teringin nak baca, tak kisah. Aku blh mulakan sekarang. Ok, sambung.

Lepah mok aku bagi aku kijo tu gak, aku tanyo ayoh aku plop, ayoh aku pun bagi jugok aku kijo, koholaa aku suko. Mugo meme aku nok kijo. Pah tu gop aku mulo laa mesej saing saing aku, ajok gi kijo sekali, semolaa aku mesej saing2 aku, tak dop sore pun nok, hmmm.. putuh harapae doh aku maso tuh.. Putuh angin doh nak kijo mugo tak dop ore kae nak gi sekali. Sore dio bukae main ambo.. takut jugok weh..mok ambo pon tak bagi kalu ambo nak gi sore..

Lepas tu kae.. sambung mula laa plop.. bizi nih.. bye.. bye the way, nok kongsi sikit..

"Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti solat, puasa, dan lain-lain)". (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

"Sesungguhnya Allah Ta'ala senang melihat hambaNya bersusah payah (lelah) dalam mencari rezeki yang halal." (HR. Ad-Dailami)

"Tiada makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangan sendiri." (HR. Bukhari)

Seusai solat subuh (subuh) janganlah kamu tidur sehingga melalaikan kamu untuk mencari rezeki." (HR. Ath-Thabrani)

"Bangunlah pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barokah dan keberuntungan." (HR. Ath-Thabrani dan Al-Bazzar)

"Ya Allah, berkahilah umatku pada waktu pagi hari mereka (bangun fajar)." (HR. Ahmad) 
 Carilah rezeki di perut bumi." (HR. Abu Ya'la)

"Sebaik-baik mata pencaharian ialah hasil keterampilan tangan seorang buruh apabila dia jujur ​​(ikhlas"). (HR. Ahmad). 

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Sekian Lama 2

Assalamualaikum..
Lamanya aku tak update blog nih.. berhabuk sampai terbatuk batuk.. huk..huk..huk.. aisshh.. Last update aku JULAI 2014, sekarang? MAY 2015.. Waah.. lamanyekan..?
Sebenarnya blog yang aku buat ni sekadar perkongsian aku, aku tak kisah orang nak baca ke tak,  janji ada perkongsian tuh.. tapi, kalau orang baca pun apa salahnya kan..? Hahaha..
Sekarang? Aku rasa macam nak berblogging baliklaa~~
Nak share apa yang aku rasa bila ada kat tempat orang. Yup, rasanya semua pernah rasakan? Tapi tak adala sibuk2 macam aku nak kongsi sana sinikan..? Huh, biarlah aku, dah aku nak kongsi, kau tak nak baca duk diam2.. aku nak kongsi sekadar apa yang aku rasa dan apa yang aku alami.. ok.. tu je.. bye.. nanti aku sambung lagi..

*sebenarnya aku rasa kekok, sebab aku lama tak update benda nih.. bolokssss nyo laa heh cik ain nih.. 

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...