STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Mei 2016

Tanda - Tanda Lelaki Curang

Dengan lafaz bismillah.. hari ni aku nak update pasal tanda2 lelaki curang. Mesti kau panas hatikan bila tahu yang pasangan
korang curang. Perasaan tu rasa macam nak pecah je hati kau dan sebab sampai tak boleh nak bernyawa. Ya, kita sememangnya 
manusia dikurniakan hati dan perasaan. Dan sebagai manusia juga hati kita mudah terluka dan sangat mudah tersentuh. 
Dan manusia yang bernama lelaki ni jenis yang tak pernah cukup dari satu, slalu je nak lebih. Pernah kan dengar ayat
macam ni, "orang bagi betis, nak peha".Itulah lelaki sebenarnya, tak pernah nak menghargai orang yang sayang dia. sebab 
apa kau rasa kaum lelaki ni beperangai macam tu? Aku rasa kaum lelaki fikir yang kaum dorang dah nak pupus dan kaum perempuan
pulak sentiasa je banyak, jadi dorang boleh pilih mana2 je yang dorang suka. Tapi, ada je lelaki yang pandai menghargai
perempuan tapi dah golongan ni makin lama makin pupus. Ratio kira2 1:100000. Beruntung snagat siapa yang dapat lelaki yang
sentiasa menghargai wanita. Alhamdulillah

Tak nak cakap banyak, jom kita tengok tanda-tanda lelaki dah curang.

1. Cara dia mesej kau lain
Ok, katakanlah korang kenal dengan mamat ni dah bertahun tahun dan kau dah memang betul2 dah kenal cari dia balas mesej
kau. Tiba2 kau perasan cara dia dah lain. Contohnya, macam sebelumnya ni kau mesej/whatsapp dia, perkataan "tahu" dia 
bila dengan kau "tau" tapi tibe2 je jadi "taw". Maknanya dia memang dah mula senyap2 mesej/whatsapp perempuan lain dan 
dia punya kerap mesej dengan perempuan tu sampai terikut2 cara dia mesej.

2. Dia balas mesej/whatsapp kau lambat dan ringks
Haa.. bila dah mesej dengan perempuan lain, dengan kau lagi, confirm2lah lambat weh. Nak balas mesej/whatsapp kau lagi nak 
balas mesej perempaun tu lagi. Mana sempat nak laju2 balas mesej kau, sebab apa? dia punya otak tengah fikir ayat nak 
tackle perempuan tu. Dan.... confirm dia balas mesej kau seringkas yang boleh. kau tanya dia "dah makan ke?" dia akan
jawab "ye" je, padahal biasanya kalau kau tanya macam tu dia akan jawab "dah makan dah, awak dah makan?. dia punya ringkas
tu memang seringkas2 yang boleh sebab masa dia bukan untuk kau tapi untuk perempuan tu. Nampak tak perbezaan dia? 
Huhh.. sakit weh.....

3. Selalu je online whatsapp
Hmmm.. bila dah ada perempuan lain, mestilah akan selau berbalas2 wasap belakang kau sbb dia dah tertarik dengan perempuan
tu dan nak tackle peremouan tu dan kau akan selalu je tengok dia online 24 jam walaupun dia tak mesej dengan kau. 
Biasanya dia hanya akan online bila whatsapp dengan kau, tapi masa tu kau tak whatsapp dengan dia pun dan dia tengah online.
Kalau macam sekali dua je kau nampak buat tak tahu jelah, tapi bila dah kerap sangat dan kau rasa lain, kau digalakkan untuk 
berfikir bukan2. 

4. Cepat marah walaupun benda yang kecik
Haa.. cuba kau tanya dia kenapa slalu je dia online whatsapp skarang? Confirm kena marah weh dan ayatnya akan berbunyi
macam ni "online pun susah, tak online pun susah, rimaslah". See? Padahal kau tanye je pun. Dah dia nak marah. Kalau
dulu kau tanya macam tu mesti dia akan jawab macam ni, "saya whatsapp dgn member", "saya tgh bincang pasal asinggment ni"
"saya tengah tunggu awkla". See? Nampak sangat perbezaan cara dia layan kau makin hari makin berubah. Dan dia akan selalu
je tiap masa nak marah kau, apa yang kau buat semua tak kena dekat mata dia.
'
5. Selalu bagi alasan dalam segala genap hal
Haa...bila dia selalu marah aku mesti kau akan tanya "kenapa awak selalu marah saya sekarang?" dan dia akan selambe bagi
alasan yang mesej dengan kau meyakitkan hati dia. See? alasan dia bagi tuh boleh bernanah hati kau bila baca. Dan
kau tak putus asa kau tanya dia lagi, "kenapa msej sy menyakitkan hati awak?" dan dia dengan selamba sekali lagi jawab
"sebab saya dah bosan mesej dengan awak". Dan kau tak putus asa lagi demi nak menjaga perasaan orang yang kau sayang
dan hubungan kau, kau pendamkan je ayat tajam berduri dia dalam hati dan kau tanya lagi dengan lurus bendul, 
"kenapa awak bosan? kalau bosan jomlah kita jumpa, baru tak bosan". Dan sekali lagi hati kau kecewa bila dia tolak mentah2
pelawaan kau dengan ayat yang betul2 berduri macam duri durian. "maaf, saya sibuk dan saya malas nak jumpa awak"

6. Tak nak jumpa kau.
Bila kau ajak dia akan tolak mentah2 dan cakap yang dia sibuk la, apelah. Dia memang sengaja bagi alasan sebab dia
dah tak jumpa dan tengok muka kau sebab hati dia dah terpaut dengan orang lain, dia dah bosan dan muak dengan kau, buat apa
dia nak jumpa kau lagi? buang masa dia je, baik dia jumpa dengan perempuan baru dia.Hahaha.. dan lagi satu sebab dia
tak nak jumpa dengan kau sebab dia tak nak kau usik barang dia terutamanya phone, kalau kau yang jenis bila jumpa je nak
tengok phone dia laa.

7. Tak bagi tengok phone
Haa.. kalaulah masa korang ajak jumpa tu dia jumpa dengan korang. Baguslah, mungkin dia masih sayang kau, tak pun, mungkin
sebab dia nak ambik kesempatan dekat kau kalau kau ni jenis yang suka bagi barang atau belanja dia. Dulu masa jumpa
kau selamba je ambil phone dia dan cek mesej dia, dan dia tak pernah nak marah bila kau buat macam tu. TAPPI.... Bila 
sekarang kau nak tengok phone dia, dia tak bagi dan siap marah2 kau lagi. Dan masa tu kau tak sedar lagi yang
kau dah diperbodohkan oleh dia jadi kau rampas phone tu konon2 nak bergurau senda dengan kekasih kau. Sebab sebelum ni
dia tak prnah nak marah kalau kau main phone dia, jadi kau anggap itu satu gurauan. Dan masa tu kau akan tengok muka
dia marah kau macam nak telan hidup2. Dan lagi menyedihkan bila kau nak bukak phone tuh dan tak boleh sebab dia dah tukar 
kata laluan, padahal dulu kau tahu kata laluan dia. See? Dan yang paling2 menyedihkan lagi bila ada whatsapp
perempuan masuk yang berbnyi "i love you". Haaa... memang akan terketarlah kaki kau masa tu. Bila kau tanya dia siapa 
perempuan tu, dia akan jawab.. "kawan". Dan dia tak nak explain pape pun dekat kau lagi dan terus marah2 kau sebab tu 
privacy dia.. See??? Bertapa kejamnya lelaki ni. Dan disebabkan pristiwa itu, kau merajuk dengan dia.

8. Langsung tak endahkan kau ibarat kau dah mati.
Ok, kau tengah merajukkan sebab kau tahu dia ada perempuan lain. Kau punya merajuk tu punyalah lama sampai berbulan-bulan
lama tapi dia tak pernah nak pujuk kau. Dia buat endah je kat kau ibarat kau dah tak wujud dalam hidup dia. Sadis betul!!
Dia tak mesej kau walau setitik noktah pun dan dalam masa berbulan2 tu kau pujuk hati kau sendiri dan bila kau dah tak 
than dengan kerinduan yang kau tanggung sbelum ni kau cuba mesej dia balik dan alangkah terkejutnya kau yang dia dah suruh
kau cari lelaki yang lebih baik dari dia sebab dia dah ada orang lain dan dia dah bahagia dengan orang lain. Hancur luluh 
hati kau kan.....  dan ternyata dia curang dengan kau....


(AbamSadoGoogle)

Sekadar perkongsian aku sahaja. mana kau rasa tak betul tu maknanya taklah, dan mana kau rasa yang betul tu, maknanya betul
lah..Perasaan sakit dikhianati memang sakit, sampai kau akan rasa dunia kau dah tak ada warna lagi.. Sangat sedih.. 
nantikan sambungan aku kenapa lelaki curang. Bye

"Jangan endahkan orang yang tak mengendahkan- Harihdannia"

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Kematangan

Dengan lafaz bismillah.. Apa yang kau nak buat bila kau tahu yang ada orang tak suka kau. Dia tak suka kau sebab kau tak nak tolong dia, ape kejad weh orang yang macam tu. Yang paling tak boleh bla siap update status lagi dekat media sosial. Aduuhh..   Sabar jelah hati aku..

Ceritanya macam ni, suatu pagi yang hening ada seekor serangga masuk ke dalam kediaman aku, ye hanya seekor serangga bukan seekor binatang yang boleh sanggap dan makan kau. Hanya serangga yang kecik. Bila kau matang apa yang akan kau buat bila kau tengok serangga tu? Confirmla kau akan buangkan? Ambil penyapu, penyodok dan terus buang. Senang 1,2,3 siap. Tak payah nak susahkan orang tanya apa benda makhluk tu, suruh orang buang, benda yang simple je pun ibarat kau nak buang air kecil. Kau terasa nak buang air kecil kau pergi tandas, buang, flash, siap! Senang. Tak payah kau nak suruh orang tolong bukakan pintu tandas, tolong flashkan sisa yang kau buang tu, kau boleh buat dengan sendiri, boleh buat dengan senyap kenapa perlu kau nak sussahkan orang? Aku tak fahamlah.. Kau nak bagi seribu alasan pun alasan tu tak mampu nak tampung kau. Boleh fikir logik ok.. kalau kau cakap nak takut, takut ape bendanye kalau benda tu hanya seekor serangga?? SERANGGA!! Semut dan nyamuk boleh je kau belasah? Semut dan nyamuk pun serangga jugak. Hahaha... Wajar tak kalau kau tak nak tolong? Haha.. wajarkan..? ye, aku memang jahat sebab ape? Sebab aku nak ajar kau jadi berdikari sikit! Jangan nak harapkan aku jadi bibik kau ok mentang2 kau orang bandar, semua orang kampung kau anggap bibik kau! Sabar je laa.. Aku dah penat tolong benda yang remeh2 macam ni sampai kau pijak kepala plak kan???

P/s : Ok, bila korang ditimpa dengan keadaan yang macam ni, apa nak buat? Nak marah? Melatah? Jujur memang akan melatah kejap. Macam aku, aku pun melatah. Tapi.. kejap je.. Macam mana kau nak positifkan diri kau balik dan nak sejukkan hangin...? Jom aku kongsi skit.
1. buat tak tahu je
2. buat tak tahu je
3. buat tak tahu je

Haa.. itulah perkongsiaan aku, kalau kau rasa kau matang, kau boleh anggap benda tu sekadar main masak2 dengan adik2 kau, berebut kuali mainan dengan adik kau, dan kau mengalah bagi kuali tu dekat adik kau, dan kau buat tak tahu dengan harapan adik kau bahagia dengan kuali mainan dia. See..? Simple kan? Aku kongsi sebab aku rasa perkara ni boleh buat otak korang berfikir. Dan sentiasalah mengalah dan buat tak tahu je.. terserah dia lah nak benci ke nak keji kau ke dalam laman sosial, buat tak tahu je ok.. biasalah manusia satu kesalahan dibuat 1000 kebaikan dilupa.. Tapi bila difikirkan balik, aku rasa aku pun tak matang sebab aku keras kepala. Apa salahnya kalau aku tolong jekan? tulah maasalahnya, ego. Hahahaha.

Hati mati bila gelapnya pandangan insani -harihdannia-

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Jangan Menilai Manusia Dari Pandangan Pertama

Dengan lafaz bismillah.. Sekarang memang rajin sangat aku nak update blog nih, berbunga bunga taman blog ni bila tahu tuan dia dah semakin hari semakin rajin mengupdate blog. Apa yang aku nak share adalah apa yang selalu terjadi dekat aku. Penyakit aku ni aku jenis suka tengok dan menilai
orang daripada pandangan pertama aku terhadap orang. Yup, sebenarnya bukan aku sorang je dalam
dunia ni yang suka buat penilaian melalui cara tu, sebenarnya lagi ramai. Tapi penyakit aku
ni boleh dibendung lagi sebenarnya, tak kritikal sangatlah. Aku sedar aku ada penyakit yang
macam ni sejak aku sering ditipu dan dianiaya oleh kawan aku, tapi aku tak kisah pun sebenarnya
dorang nak main2kan aku sebab aku dapat pengalaman yang sangat berharga dan jarang orang 
dapat pengalaman yang macam aku dapat, so mohon jeles ok! Daripada pengalaman laa yang akan
membuat anda lebih hebat dan kuat sebenarnya tak kira dari segi fizikal ke mental ke. Ingat 
"PENGALAMAN MENGAJAR ERTI SEBENAR KEHIDUPAN". 

Image result for pengalaman mendewasakan kita
(AbamSadoGoogle)

Bagi aku apa yang mendewasakan seseorang bukanlah  dari pembacaan tapi dari pengalaman, bila dah rasa pengalamn sendiri baru kita dapat rasa dan dapat berfikir macam mana nak lalui sesuatu yang menimpa kita. Nak cakap pasal pengalaman aku bukanlah orang yang banyak pengalaman, tak sehebat orang dekat luar sana, banyak lagi yang hebat dari kita. Kita kena ingat 1 kali kita hebat, 100000 kali orang lebih hebat dari kita, jadi, tolong jangan jadi riak. Ada masa kita ada kat atas dan ada masa juga kita berada di bawah,, ibarat roda. Tak selamanya kita akan terus berada di atas. Beringatlah wahai manusia yang lalai. Aku nak bercerita tentang apa yang dah terjadi dekat aku, jadi cuba baca dan fahami ok!

A : Perempuan yang berpakaian seederhana tapi masih menutup aurat cuma tak lengkap
B : Perempuan yang menutup aurat dengan sepenuhnya
C : Aku si ain :)

Pada suatu hari si A,B & C ditakdirkan untuk bertemu dan ditakdirkan untuk tinggal sebumbung. Sedang si c yang leka dengan kerjanya mengemas terpandang si b yang akan tinggal sebumbung dengannya. ya orangnya  cukup sopan dan bertubuh labuh, dan si c sebagai seorang perempuan pun  rasa sejuk je mata memandang dan dalam hati si c berkata, "bagusnya perempuan b ni. Dan dalam masa yang sama, ya si c juga nampak
perempuan a tapi tidak megendahkannya hanya sekadar jelingan mata yang menyorot si c untuk melihat si a, sungguh hatinya tidak begitu tertarik dengan caranya, walaupun si a ni pun berbaju kurung dan  bertudung, cuma apa yang dapat si a tengok mukanya ditempel dengan secalit foundation dan berlipstik  merah terang. Pada pandangan si a, orang sebegini adalah sosial dan mula berkata di dalam hatinya  yang tidak mahu berkawan dengan si a disebabkan permakaiannya.  Setelah berbulan bulan lamanay mereka tinggal sebumbung barulah si c sedar yang perangai si a jauh lebih baik akhlaknya dari si b. Dan si c tersilap menilai antara si a dan si b. Walaupun si b yang berpakai jauh lebih elok dari si a, tapi akhlak dan akidah si a jauh lebih elok dari si b. 

Maha suci Allah, disitulah kesilapan kita sebagai manusia yang hanya memandang dari luaran sahaja, tapi ak memandang dalaman seseorang. Walaupun kita tak akan nampak dalaman seseorang tuh sehingga kita kenal dia, tapi cuba jangan kita menilai orang tu sebelum kita kenal dia. Tak kenal maka tak cinta.Ye, aku dah banyak kali buat kesilapan macam ni, dan aku harap orang kat luar sana tak terjebak dengan kesilapan yang macam aku buat. Aku tak kata yang orang menutup aurat sepenuhnya jahat, tapi biarlah selaras dengan apa yang dia pakai, akhlak, akidah biarlah selaras dengan labuhnya tudung dia pakai. Kita manusia tak perlu nak jadi munafik semata mata nak orang pandang, tapi risaulah sekiranya Allah tak memandang kita, sedangkan kita hamba Allah bukanlah hamba kepada hamba. Dan tahniah kepada muslimah muslimah yang bertudung labuh dan akhlak dan akidahnya selabuh tudungnya, SubhanAllah.. Doakan aku supaya aku pun mejadi golongan yang bertudung labuh dan akhlak dan akidah selabuh tudung suatu hari nanti.. Aku pun banyak kekurangan aku tapi sekurangnya aku menjadi diri aku sendiri. Segala yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari aku sendiri.

Image result for akhlak dan akidah
(AbamSadoGoogle)

p/s : Ini adalah pandangan aku semata-mata dan pengalaman yang telah terjadi dalam hidup aku. Lain manusia lain pandangannya dan lain manusia lain pengalamannya. :) Mungkin ramai yang terkam aku, kat sini mungkin kita boleh fikir dia masih belajar, tapi biarlah belajar dengan betul dulu, penuhkan lubang keimanan dulu(maksud aku solat), seterusnya baiki akidah, akhlak, jaga ikhtilat, dan barulah terlahirnya seorang muslimah yang hebat.

Jangan terus melangkau untuk berdiri keatas jika kita  dibawah hanya mampu merangkak sahaja. -Harihdannia-

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Skincare : Review Skinfood Premium Tomato

pagi2 je semangat nak update blog berkobar-kobar sih.. yelah daripada aku terus sambung tidur lepas sembanhyang subuh, baik aku update blog ni kan? Adelah jugak faedahnya. Lagipun Rasulullah SAWsendiri melarang anknya Fatimah RA tidur selepas solat subuh..


Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :
“Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.


Masa pagi2 macam ni kan orang cari rezeki, tak elok lah nak tidur kan, nanti jadi tabiaat plak bila kahwin nanti. Tak elok tau, seorang isteri harus bangun pagi untuk menyediakan kperluan suami, macam masakkan sarapan ke,sediakan baju untuk suami pergi kerja ke.. Iye2 je aku taip pasal tanggunjawab seorang isteri, macamlah aku dah nak kahwin.. Tak pe, orang cakap belajar dari awal. Akuu nak kahwin calon pun tak ada, Tak ada orang yang minat aku ni,yelah muka pun tak berapa cantik, hidung kemek, kulit plak kusam dan kasar.

Jadi sebab tulah aku tengah cari skincare apa yang sesuai dengan muka aku, aku pun nak jugak kulit muka aku flawlessss.. bak telur rebus. Chewahh.. Jujur produk muka yang aku try pakai sikit je sebab aku ni jenis yang takut nak mencuba produk muka, nak2 yang dijual di online atau kat mana2. Yang pernah aku guna paling lama adalah Fair & Lovely. Bertahun-tahun dari aku tingkatan 2 mungkin sampai lah aku tingkatan 6 rendah, dan aku stop. Fair & Lovely memang terbaik, kulit muka jadi pinkish je.. Bertahun2 aku setia, tapi hati aku ingin curang, jadi aku cuba guna Fair & Beauty dari Safi sebab dia ala2 Fair & Lovely.

Fair & Beauty dari Safi ni mula2 ok lah pakai, tona kulit pun jadi cerah, tapi makin lama makin tak sesuai dengan kulit aku, aku pun tak tahu kenapa. Bila pakai je cream Fair & Beauty muka aku jadi gatal, panas, mengelupas dan keluar jerawat pasir yang banyak. So, aku stop!! Masa aku tu aku tengah kerja, so aku ada duit lebih laa untuk beli produk muka yang mahal sikit, aku try produk dari korea, iaitu Skinfood. Aku boleh terfikir nak beli sebab aku rasa produk dari korea ni ok alaupun kesan dia lambat dan yang paling penting tak ada bahan kimia macam produk2 lain.Aku beli yang trial set je dekat Qo10. Tak silap aku dalam RM30 lebiH dan produk ni direct dari korea tau, dalam 3 minggu baru aku dapat produk ni, walaupun lama nak tunggu tapi berbalai. Haa, kenapa aku cakap berbaloi? Meh aku review sikit. sebelum tu kita tengok gambar dari abam sado google dulu yer sebab gambar yang aku ambik dah tak tahu dekat folder mana dan aku malas nak cari..
Comelkan? Kecik je,tapi sebenarnya lagi kecik, lebih kurang besar jari manis aku je. Serius kecik dan aku sebenarnya tak jangka yang dia sekecik itu. Skinfood Premium Tomato ni terdiri daripada, TONER >> EMULSION >> ESSENSE >> CREAM.
Mula2 apply toner menggunakan kapas ye, tonyoh2 sikit bagi hilang daki kat muka, dan akan terkejut bila tengok kapas yang putih bersiih tu hitam sebab kekotoran kat muka, lepas tu apply emulsion dia, alaa, letak sikit2 je, kan nak jimat. Then, essense. Picit satu kali je tau sebab dah memadai. Last pakai cream dia, SIAP!!
Aku pakai setiap pagi dan malam, bila aku pakai pagi nak pergi kerja tu, adelah akak indon yang tegur aku pakai apa sebab kulit aku nampak lembap dan sihat, chewaah, baru pakai sehari je pun. Tapi serius aku tak tipu kulit korang akan moist sangat. Hanya moist dan tak berminyak. Aku suka sangat bila dipuji. Hahah.. NI dah kes syok sendiri ni, Sebelum aku tidur aku pakai produk ni dan keesokkan bila bangun pagi tuh, wahh.... kulit memang moist dan lembut je, aku rasa macam nak menangis dan berteriak sekuat hati aku sebab kulit aku boleh jadi lembut macam bayi, Bau produk ni sedap sangat macam bau tomato. 
Bila aku pakai tak ada pun rasa gatal ke, panas ke, kulit aku merah aku, jus prefectlah benda ni dengan kulit aku. Aku punya nak berjimat pakai sikit2 je dan tahan lah dalam sebulan. Lepas dah habis tu aku teringin nak beli dan nak beli yang besar punyer,tapi aku tak tahu kenapa aku boleh tak terbeli. Mungkin sebab aku rasa rimas nak kena beli online lepas tu nak kena tunggu berminggu2. 

And the end aku pakai Fair & Lovely balik. Benda alah ni murah je, dan tahan lama sangat, aku tau dah ramai yang tak pakai produk2 yang murah ni yelah sekarangkan dah bermacam2 produk muka yang dijual samaada dalam online atau kat kiosk2 dan pasar2 malam. Aku teringin tapi aku takut.    Huh, SETIA betul aku ni. Tapi sekarang aku terasa nak curang balik sebab biasalah manusia tak pernah cukup dengan apa yang dia ada selalu nak yang lebih baik dan aku adalah manusia itu.
So, apa produk muka yang aku nak pakai? Kita tunggu naa.. nanti aku update. Daaaa....

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Bila Malas Menguasai Diri

Assalamualaikum..

aku sebenarnya teringin sangat nak baiki balik blog aku ni, yelah dahla usang, tak terjamah langsung. TERINGIN sangat nak selalu update blog, tapi tulah bila malas menguasai diri,memang kerja tak akan jadi la..Hmmm.. aku teringin nak tukar banner blog aku yang sekian lama ni, tapi tu lah.. bila malas menguasai diri semua perkara tak jadi.. gambar banner yang kat atas tu rasanya masa aku tingkatan 4 lagi, aduih.. muka pun macam budak2 je.. sekarang muka aku lebih dewasa nak dibandingkan dengan yang dulu dan aku pun dah susut badan sikit dari yang dulu. Aku pernah gemuk dulu sampai mencecah 75kg. Badan tak payah cakaplah, besar weh.. dahlah aku ni tinggi.. bila tinggi + gemuk kau boleh bayangkanlah macam mana kan? Hahahah.. bila aku pergi kedai je, walhal akak yang jual kat kedai tu lebih jauh tua dari aku tapi still panggil aku "AKAK", Geram betul aku, tapi aku tak boleh nak salahkan diorng sebab semuanya bermula dari mata, bila mata dah tengok orang tu macam tu maknaya otak dia akan proses benda yang sama. Nak cari baju pun susah eh.. terpaksa beli yang xxxl, sebab kalau beli xl memang muat2 je badan aku, aku tak nak weh pakai baju ketat2 macam barut nangka.. Tak manis dipandang orang. Isi berketul2 orang nampak, tak malu ke???  Bila tak ada rasa malu dalm diri kita sebagai manusia, kemungkinan iman kita pun nipis.. sebab... 


(copy paste dari abam google)

Sekarang alhamdulillah berat aku dah ok dari yang dulu, taaaaaapi aku still dalam kategori badan yang berisi. Berat aku sekarang 63 kg. Turun dengan mendadak weh.. Aku pun tak percaya aku diberi peluang untuk turun berat badan. Hahahah..Kenapa aku boleh turun? Aku diet ke? Memang tak lah sebab bila malas menguasai diri.. Hahahaha.. sebenarnya berat aku turun time aku kerja.. Masa aku kerja, aku makan sekali sehari je  sebab aku rasa kenyang je walaupun makan sekali sehari dan aku banyak minum air putih. Sehari 3 liter aku minum. 
YUP. 3 LITER!!!!!!
Mungkin sebab tu lah kot badan aku susut, sebab plain water. Apa kelebihan air putih ni, jom usha

1. Menguruskan badan 
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan 
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa
3. Melancarkan sistem pencernaan 
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser 
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan 
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat 
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung 
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok 
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan. credit cahaya purnama
Jadi sayang2 semua kalau nak kurus macam cik ngah ni kenalah minum air putih banyak. ok? Bukan je boleh menguruskan badan tapi banyak lagi manfaatnya, jadi tetaplah setia minum air putih ye.... Aku masih lagi dalam proses nak turunkan berat badan lagi, sebab tak mencapai target aku lagi, kalau boleh aku nak berat aku dalam 57kg - 60kg ke.. Hahaha.. Sebab aku tak suka badan aku kurus sangat, aku nak yang sedang2 je, tak kurus dan tak gemuk. Chewahhh.. Hahahaha.. Bagi aku berat dalam lingkungan target aku dah sesuai sebab aku ka tinggi. Tinggi aku 165cm. Tapi tulah, susah nak capai target sebab bila malas menguasai diri semua perkara tak jadi. Doakan aku supaya aku dapat capai target. Bye2
P/S : Ok, kalau korang baca entri yang aku tulis semua merapu dan bercampur aduk kan? tapi kena ingat ye cik ngah kat sini dah highlight kan perkataan bila malas menguasai diri, so entri ni adalah untuk mengesan kebijaksanaan otak anda.. bila malas dan kita tak ada usaha untuk capai target kita sampai bila2 pun kita akan ada di tempat yang sama dan akan berada di takuk yang lama ibarat katak dibawah tempurung. Jadi untuk kita capai target tak kiralah dari aspek target nak kurus ke, target nak dekan ke, target nak kerja ke, taarget nak melanconG dan bermacam2 target yang ada dalam kepala otak korang, korang kena usaha untuk untuk capai target tu, so bermulalah dari sekarang. jangan jadi macam cik ngah ni yer. Bak kata pepatah mnelayu siapa berusaha dia berjaya dan bak kata perpatah arab مَنْ جَدَّ وَجَدَ.  
Menulis apa susah, nak buat itu yang payah.


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...