STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Mei 2013

Telefon Samsung Gulung Berharga RM7,000




Spesifikasi konsep telefon pintar Samsung:
Saiz skrin: 4.5"
Jenis paparan: AMOLED
Resolusi: 480 x 800 / 16.7M (8 bit RGB)
Keboleh lenturan: <10mm
Berat: 2.1g
Ketebalan: 0.27mm


Mengapa pula kita memerlukan telefon pintar yang mampu digulung? Sebenarnya apa yang ingin ditekankan bukanlah kemampuan untuk digulung. Tapi spesifikasi unik telefon pintar yang akan muncul pada masa hadapan yang amat nipis seperti sehelai kertas dengan ketebalan kurang dari 0.27mm.

Itulah konsep peranti yang sedang dibangunkan oleh syarikat gergasi telefon pintar, Samsung ke arah penghasilan telefon pintar berteknologi OLED (Organik Light-Emitting Diode) dengan gabungan komposisi plastik.

Untuk makluman teknologi ini bukanlah baru diperkenalkan, kerana sebelum ini Sony sudah pun memperkenalkan televisien OLED pertama di dunia pada Oktober 2007.

Televisien terbabit dikenali sebagai XEL-1 yang mempunyai skrin yang nipis (3mm) dan lebih terang dengan ratio kontras 1,000,000:1. Tapi tidak mampu melentur kerana komposisinya adalah daripada gentian kaca.
Harganya pula melebihi RM7,000 dan ianya tidak masuk akal kerana saiz XEL-1 ini hanyalah 11 inci! Disebabkan itu, televisien tersebut gagal menarik perhatian pembeli yang lebih gemarkan skrin yang bersaiz besar.

Pada tahun 2010, Sony mempersembahkan pula skrin yang mampu dilentur dengan menggunakan gabungan teknologi OTFT (Organic Thin-Film Transistors) dan OLED.

Namun tiada perkembangan terbaru darinya setelah Sony dibelenggu masalah sehingga memaksa syarikat mengstruktur semula operasi syarikat serta diburukkan lagi dengan kecurian 70 juta maklumat akaun pelanggannya.Samsung yang berada pada kedudukan terbaik ketika ini dilihat merebut kesempatan ini dengan merancang untuk mengkomersialkan konsep telefon pintarnya secara besar-besaran pada pertengahan tahun hadapan. Sumber

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Bayi Ini Dapat Naik Keretapi Secara Percuma Seumur Hidup


BANDAR MEXICO - Datuk Bandar Mexico, Miguel Angel Mancera mengumumkan bahawa seorang bayi yang dilahirkan di stesen kereta api bawah tanah bandar itu akan dibenarkan menaiki perkhidmatan kereta api tersebut secara percuma seumur hidupnya.
Pengumuman itu dibuat selepas seorang ibu yang sarat mengandung telah bersalin di stesen tersebut ketika dalam perjalanan ke hospital menggunakan perkhidmatan keretapi terbabit.

Ibu berusia 22 tahun itu melahirkan seorang bayi lelaki pada Selasa lalu.

Para pekerja kereta api, polis dan pasukan paramedik telah membantu wanita itu untuk melahirkan anaknya di stesen tersebut dekat pintu masuk di sebuah platform.

Mancera mengeluarkan pengumuman itu melalui laman Twitternya.

Harga tiket perkhidmatan keretapi bawah tanah di Bandar Mexico berharga tiga pesos (RM 0.76) untuk perjalanan tanpa had. - AP

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Pokok Akan Menjerit Apabila Dahaga Air



SEKUMPULAN saintis Eropah percaya, mereka berjaya merakamkan bunyi jeritan pokok yang sedang dahaga.

Seorang pakar mendedahkan, hasil kajian mereka mendapati, pokok-pokok yang hidup menghasilkan bunyi ultrasonik sewaktu menyerap lembapan di musim kering.

"Lagi banyak lembapan diserap, lagi kuat bunyi ultrasonik dikeluarkan.

Namun, bunyi berkenaan 100 kali lebih pantas daripada pendengaran manusia," kata ketua pengkaji, Philipe Marmottant.

Penyelidik dari Universiti Grenoble, Perancis itu turut percaya, tumbuhan yang bernyawa dengan karbon dioksida mampu memperlahankan proses penyerapan dan mengurangkan julat ultrasonik di udara. Menurut laporan MailOnline. Sumber sini

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

14 Perkara Tentang Sifat2 Lelaki



Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah. Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.


Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka.

Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: "Adakah anda cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak". Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?"

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan".

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya. Sumber sini

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Perkara Mengenai Cinta



MENGENALI CINTA

Cinta adalah perbuatan. Anda tidak boleh berkata cinta tanpa membuktikan apa yang anda kata. Anda perlu buktikan pada orang yang anda cinta bahawa anda cinta pada dia. Komitmen yang tulus perlu ada pada cinta, bukan hanya sekadar manis di mulut sahaja, tetapi perlu dilakukan dengan bersungguh tanpa pernah kenal jemu. Bila anda merasai cinta melalui hati, komitmen anda untuk hidup bersama akan menjadi pegangan anda.
Cinta lebih dari satu perasaan kerana cinta boleh menyebabkan anda gembira, sedih, tertekan dan alami bermacam – macam perasaan lagi. Cinta juga berubah mengikut ‘mood’. Biasanya, keadaan ini berlaku apabila anda dan teman anda mula rasa kekosongan pada cinta itu sendiri. Ada antaranya mula berasa bosan kerana telah mengetahui apa ada pada pasangan anda, baik dari segi kekurangan atau kelebihan. Di sini juga cinta diuji dari segi mentaliti kerana cinta berdasarkan ‘mood’ tidak akan berakhir dengan kebahagiaan. Namun ia merupakan perkara normal, dan oleh itu anda perlu mengawal situasi ini dengan meletakkan keadaan ‘mood’ itu pada keadaan sementara sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi kekosongan itu dengan perkara yang baru mengikuti kreativiti. Rahsia mereka yang berjaya dalam alam percintaan hingga terbinannya rumah tangga yang kekal lama adalah menyesuaikan keadaan ‘mood’ itu sendiri. Keadaan ini juga membuatkan anda berasa bimbang dan menganggap atau syak pasangan anda mula berubah hati. Sedarlah manusia sentiasa berubah, oleh itu tanggani ‘mood’ anda dan pasangan anda bagi usaha mengekalkan hubungan cinta.
Cinta tidak akan mengecewakan orang yang terus mencintai. Kadangkala tidak semua perkara akan berjalan dengan lancar dalam hubungan tetapi anda tidak akan kecewa jika anda terus mencintai walaupun dia bukan lagi milik anda. Melihat dia bahagia di samping anda sendiri mencari kebahagiaan adalah cinta yang hebat. Hal ini juga berkait dengan jodoh ketentuannya. Oleh kerana itu, kita sering diingatkan cinta yang tulus adalah memastikan orang yang kita sayang sentiasa bahagia walau apa pun keputusan yang akan diterima. Cinta dalam erti kata lain memahami dan melakukan yang terbaik untuk orang yang kita cintai itu beroleh kebahagiaan. Adakah anda hanya menganggap cinta itu hanya pada kekasih? Berusahalah untuk mencintai keluarga dan ibu bapa anda, dan yang lebih penting diri anda. Sekiranya anda gagal mencintai diri anda sendiri, bagaimana anda boleh mencintai orang lain? Tanya diri anda sendiri…

Kenali Status Cinta anda.

Cinta yang sejati adalah misteri tetapi ada jalan untuk mencapainya. Cinta sejati bermula dari dalam hati dan ia seperti kuasa ghaib yang akan membawa anda masuk ke alam lain. Perasaan ini membuatkan anda tidak keruan dan anda mula dilamun sesuatu perasaan yang aneh, yang di namakan lamunan cinta. Lamuan cinta berada dalam pelbagai situasi. Reaksi anda akan berubah dan semangat membuak-buak akan mengalir ke luar dari diri anda. Anda hanya memikirannya situasi itu, dan mula melakukan terbaik demi cinta itu tanpa banyak berfikir pada perkara yang lain. Tanpa kawalan pada otak sedar, cinta boleh membuatkan anda berubah dengan tiba-tiba baik dari segi kehidupan atau sifat anda. Pernahkan anda mengalami perasaan cinta? Adakah anda menganggap cinta itu hanya wujud pada pasangan kekasih? Bagaimana pula perasaan cinta pada negara? Kenapa seseorang yang mencintai negaranya sanggup berjuang dan bertaruh nyawa? Itulah bukti kuasa cinta yang sukar diungkapkan dan amat misteri.

Cinta adalah suci dan jauh dari dosa. Perasaan cinta akan membuatkan anda sentiasa ingin melakukan kebaikan. Cinta yang membawa keburukan adalah di sebabkan perasaan dendam dan dengki. Cinta yang berdasarkan nafsu adalah sementara. Cinta yang berdasarkan keimanan adalah sangat indah. Yang manakah anda pilih? Tepuk dada, tanya selera.

Cinta tidak pernah terjadi untuk mencintai rupa paras. Sebaliknya cinta hanya akan muncul apabila anda mencintai hatinya. Bagaimanakah rasanya memperolehi cinta pada hati? Tanya pada diri anda, adakah anda mencintai ibu anda pada paras rupanya yang semakin hari di mamah usia? Adakah kerana sesuatu pada hatinya yang tiada pada orang lain yang dapat diberikan pada anda selain dia? Jika anda mempunyai perasaan itu pada pasangan hidup anda, itu adalah cinta sebenar, sungguh indah bukan?

Cinta adalah berkorban, memberi dan mengasihi. Malahan haiwan itu sendiri mempunyai perasaan cinta. Sebagai contoh, si ibu kucing sanggup berkorban mempertahankan anak-anaknya dari musuh yang mengancam. Sedangkan kucing itu sendiri mempunyai perasaan cinta, ini kan pula manusia. Tuhan ciptakan cinta itu teramat bernilai kepada manusia, begitu juga makhluk ciptannya yang lain. Fahamilah cinta yang sebenar adalah suatu kuasa yang luas dan dapat merubah keadaan diri anda. Begitulah besarnya erti cinta.

Cinta tidak boleh di buat – buat kerana ia terjadi dengan sendirinya. Bila anda melihat menggunakan hati, cinta itu akan datang kepada anda. Ianya bermula dari perasaan samada kasihan, bangga, kagum, gembira, sedih dan pelbagai lagi. Adakah cinta datang dari paras rupa? Itu adalah silap sama sekali, kecantikan adalah tuntutan nafsu yang ada pada manusia. Sebagai contoh, cinta pandang pertama bukan semata-mata pada paras rupa tetapi arua yang ada pada sesorang itu hingga menusuk perasaan yang membuat anda jatuh cinta. Jelas di sini bahawa, cinta wujud dari perasaan manusia itu sendiri yang memberikan tindak balas. Oleh itu, cinta memang tidak boleh direka-reka kerana ia adalah perkara diluar kawalan kita. Sunber sini

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Wanita Perlu Tahu Si Dia Serius Atau Tidak


Tanpa anda sedari, detik pertama semasa si dia atau anda sendiri melakukan sesuatu perkara, boleh menjadi kayu pengukur penentu arah hubungan anda.

TAHAP 1: BARU BERKENALAN
Si dia memanggil anda girlfriend buat pertama kali
Selama dua bulan anda keluardating dengan si jejaka, anda fikir beliau menggangap anda sebagai seorang kawan. Tetapi, apabila beliau akhirnya memperkenalkan anda sebagai temanitanya kepada seorang teman, ini bermakna beliau sudah mula bersikap lebih serius terhadap hubungan kalian. Gelaran temanita atau teman lelaki secara terbuka adalah satu cara baik untuk membawa hubungan kalian ke tahap yang lebih mesra. Si jejaka juga sudah bersedia untuk mengenali anda dengan lebih mendalam.

Anda tidak bersetuju buat pertama kali
Anda telah mengikuti teman lelaki anda menyaksikan perlawanan bola sepak selama tiga bulan. Pada suatu hari, anda tercakap kepadanya bahawa anda benci bola sepak. Ahhh... anda lega kerana anda akhirnya telah bersikap jujur kepadanya. Jangan terkejut jika beliau juga tidak suka menemani anda membeli-belah. Pakar seksologi klinikal, Dr Patti Britton, yang juga penulis buku, The Art of Sex Coaching, berkata: “Kita selalu bersikap toleran terhadap pasangan pada awal hubungan kerana enggan menjejas hubungan yang baru terjalin. Tapi, apabila kita mendapati hubungan kian stabil, itulah masanya kita bersikap jujur. “Apabila pasangan mula bersikap jujur terhadap satu sama lain, hubungan akan menghala ke arah kebaikan.”

TAHAP 2: TUNJUK LEBIH KOMITMEN
Anda temui keluarganya buat pertama kali Teman lelaki anda tiba-tiba mengajak anda menemui anggota keluarganya. Beliau telah menunjukkan komitmen yang lebih mendalam. Inilah masanya anda mendapat lebih maklumat tentang sikap teman lelaki anda. Anda mungkin akan melihat sifat-sifatnya yang belum anda ketahui atau sikapnya yang menjengkelkan bakal lebih ketara. Pakar seksologi klinikal, Dr Patti, mengatakan bahawa sikap seseorang semasa bersama anggota keluarganya akan menunjukkan fi kiran, perasaan dan tabiatnya. Kunjungan sebegini boleh membuat anda lebih menyayangi si dia atau mengundurkan diri daripada hubungan itu.

Detik sepi yang menyelesakan buat pertama kali
Anda dan pasangan berada di dalam kereta menuju ke sesuatu tempat. Teman lelaki anda sedang memandu, manakala, anda duduk, mendiamkan diri. Kalian tidak membuka radio atau berbicara. Pada saat itu, anda berasa tenang dan selesa dengan si dia walaupun kalian tidak berbual. Detik senyap yang menyelesakan itu menandakan kalian berasa selamat dan selesa dengan satu sama lain. Ia mungkin berlaku selepas setahun kalian bersama.

TAHAP 3: HUBUNGAN KIAN MATANG
Hadapi tragedi buat kali pertama
Kalian mungkin bakal menghadapi satu keadaan yang menyedihkan atau sukar selepas hampir setahun bersama.Pasangan yang menghadapi satu tragedi bersama akan lebih menghargai pasangan mereka. Ia memberi pasangan itu ruang untuk lebih mendekati satu sama lain. Pertengkaran besar yang pertama Pasangan yang bertengkar besar buat pertama kali menunjukkan bahawa hubungan mereka kian matang. Walau bertengkar, mereka kemudian berusaha untuk menghuraikan masalah bersama. Ini menandakan bahawa mereka sudah memilih satu sama lain sebagai pasangan dan bersedia mengharungi suka duka bersama.

TAHAP 4: SEDIA HIDUP BERSAMA
Anda anggap si dia keluarga anda buat pertama kali
Setelah menjalin hubungan bersama selama tempoh tertentu, anda sedar bahawa semua kenangan indah berhubung kait dengan si dia. Anda mula sedar si dia adalah pasangan hidup pilihan anda. Begitu juga dengannya. Hubungan kalian sudah matang dan kalian ingin memulakan satu keluarga baru bersama. 

sumber sini
THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

April-May Giveaway By Simplesyara

klik banner untuk join

#celcom#

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

April-May Giveaway By Nabila Medan

http://1.bp.blogspot.com/--NpYpsN-WIo/UXT7dAd8blI/AAAAAAAAJ-M/MV19HffFKZk/s1600/GIVEAWAYY.png 
KLIK BANNER UNTUK JOIN

tag : awak

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tujuh Permainan Video Yang Membunuh Manusia



Permainan video bukan sahaja menjadi permainan yang digemari oleh kanak-kanak, namun juga oleh sebilangan orang dewasa..Walaupun, pengaruh yang kuat daripada permainan video ini mungkin boleh memberi impak negatif terhadap kehidupan seseorang contohnya seperti membunuh..Nak tahu beberapa jenis kematian disebabkan oleh pengaruh permainan video, meh baca kat bawah ni..

1. Membunuh Polis Akibat Terpengaruh Permainan Video "Grand Theft Auto: GTA"
Seorang lelaki, Devin Moore telah membunuh seorang anggota polis mencuri kenderaan peronda polis berkenaan akibat terpengaruh dengan sebuah permainan video bercorak ganas, "Grand Theft Auto: GTA". Moore dikatakan telah merampas pistol daripada salah seorang anggota polis tersebut sebelum menembak 3 anggota polis lainnya dan merampas kenderaan peronda mereka. Semasa dia ditangkap, dia sempat berkata sesuatu kepada pihak polis yang berbunyi, "Hidup umpama sebuah permainan video,bila tiba masanya kau pasti akan mati."

2. Anak Perempuan Berusia 2 Tahun Dipukul Sampai Mati Dengan Alat Kawalan Jauh Game
Darisabel Baez, anak perempuan kepada Neida E. Baez (19 tahun) yang berusia 2 tahun telah dipukul sehingga mati dengan menggunakan alat kawalan jauh permainan video oleh teman lelakinya, Harve L. Johnson pada April 2008. Anehnya, si anak tadi telah dibawa kepada ibunya dalam keadaan basah kuyup selepas si teman lelaki cuba menyedarkannya kembali di bilik mandi. Harve menolak untuk menjelaskan motifnya berbuat demikian kepada pihak polis.

3. Remaja Bunuh Ibu Kandung Kerana Permainan Video "Halo 3"
Setelah ibu dan bapanya merampas permainan video 'Halo 3' daripadanya, Daniel Patrick, berusia 17 tahun telah menemui permainan video yang disorokkan ibu bapanya bersama dengan sepucuk pistol 9mm. Dia kemudiannya mengambil permainan video tersebut bersama dengan pistol 9mm menuju ke arah ibu bapanya. Dia sempat meminta ibu dan bapanya menutup mana kononnya dia mempunyai "kejutan" untuk mereka sebelum melepaskan tembakan. Si ayah terselamat dengan keadaan kritikal manakala si ibu mati di tempat kejadian.

4. Lelaki Bunuh Anak Perempuannya Kerana Rosakkan Konsol Xboxnya.
Tyrone Spellman, 27 tahun bermain dengan Xbox nya ketika anak perempuannya yang berusia 17 bulan menarik beberapa kabel dan menterbalikkan konsol Xbox nya itu ke lantai sehingga rosak. Tyrone menjadi sangat marah dan telah memukul anak perempuannya itu dengan "kekuatan yang mampu meretakkan tengkorak" berulang-ulang kali. Proses bedah siasat juga menemui keadaan lengan anaknya itu yang patah yang tidak diketahui pekerja sosial 2 minggu sebelum kematian mangsa.

5. Remaja 13 Tahun Bunuh Wanita Tua Demi Mendapatkan Duit Langganan
Pada 2007, seorang remaja berusia 13 tahun bernama Dinh The Dan telah membunuh seorang wanita berusia 81 tahun dan mencuri duitnya demi membayar wang langganan sebuah permainan video online. Pihak polis Vietnam melaporkan bahawa Dan telah mengikat wanita tua sebelum membunuhnya dan menyorokkan mayatnya dibawah timbunan pasir di hadapan rumah mangsa. Kerana usianya yang masih muda, dia tidak dihantar ke penjara tetapi dihantar ke sebuah kem pemulihan dimana dia hanya akan dibebaskan sekiranya berkelakukan baik.

6. Remaja 13 Tahun Bunuh Diri Gara-Gara Permainan "World of Warcraft"
Xiao Yi yang ketika itu berumur 13 tahun melompat terjun daripada sebuah bangunan 24 tingkat. Pesan yang dia tinggalkan untuk ibubapanya telah ditulis berdasarkan sudut pandang karakter game yang dimainkannya. Lebih parah lagi, pesan tersebut turut menyatakan hasrat Xiao Yi untuk menemui tiga teman gamenya itu dalam kehidupan selepas mati. Sebelum kejadian, orang tuanya pernah mempersoalkan ketagihannya itu dan dia menjawab yang "dirinya sudah diracuni oleh permainan video dan tidak dapat mengenali siapa dirinya lagi"

7. Bunuh Diri Angkara Permainan Video "Everquest"
Kisah pembunuhan ini masih diperdebatkan, namun faktanya adalah Shawn Wolley yang berusia 21 tahun dikatakan telah bermain permainan video online 'Everquest' selama berjam-jam lamanya sebelum menembak mati dirinya sendiri di hadapan komputer miliknya. Ibunya menemui mayat anaknya itu dengan pesan tertentu pada katilnya berhubung permainan video yang dimainnya, namun tidak ada satupun yang menjadi bahan bukti. Sumber sini

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Daging berlafaz "Allah"



BANDUNG : Daging berlafaz "Allah" ditemui di Perumahan Pondok Padalarang Indah, Jalan Cendana B6 No.27, Kelurahan Padalarang, Kecamatan Padalarang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat. Daging itu milik Mardiah Alkaff (46) yang merupakan guru Biologi di SMPN 3 Padalarang, Kabupaten Bandung Barat.  

Lebih menghairankan, kata dia, sudah 2 tahun lebih, daging tersebut tidak hancur dan tidak busuk. "Aneh, dagingnya tidak hancur dan tidak busuk, walaupun sudah dua tahun lebih saya simpan dalam peti ais ," kata Mardiah. 

Dalam jangka 2 tahun itu, Mardiah menunjukan daging itu kepada teman-teman di rumah, guru-guru sekolah, termasuk kepada anak-anak didiknya, dengan harapan meyakinkan bahwa sungguh luar biasa kebesaran Allah itu. "Setelah diperlihatkan banyak orang yang ingin memiliki daging ini, tapi saya tidak mahu memberi," katanya. 

Sejak menemui daging itu, Mardiah jadi semakin rajin dan taat beribadah dan semakin yakin dengan kebesaran Allah. "Lima keping daging berlafadz Allah ini merupakan bukti juga untuk umat muslim akan pentingnya shalat 5 waktu," ujurnya. Sumber sini



THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...