STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: 10 Sikap Lelaki Menjengkelkan Wanita

10 Sikap Lelaki Menjengkelkan Wanita

Jika anda sebagai seorang lelaki berasakan wanita punyai sikap yang terlalu rumit dan merimaskan, jangan pula anggap diri anda terlalu sempurna di mata wanita. Sebenarnya, di sebalik kejengkelan anda terhadap wanita, golongan ini juga tidak terkecuali daripada berasa bosan dengan sikap anda yang secara langsungnya tidak pernah anda sedari.

Antara sebahagia sikap lelaki yang menjenkelkan wanita ialah:

1. MEMERINTAH
Ibarat seperti bos, lelaki hanya tahu memberikan
perintah jika inginkan sesuatu. Kata perintah seperti
'buatkan kopi', 'buka pintu', 'ambilkan kasut'
sudah sebati dalam diri mereka. Tetapi, wanita
mengharapkan kata-kata yang lebih sopan iaitu 
secara meminta. Ungkapan 'boleh tolong buatkan
kopi' atau 'tolong ambilkan kasut' boleh lebih lembut
di pendengaran wanita.

2. CEPAT BERANG
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk,
menghina, mengkritik dan meninggikan suara akan
membuatkan wanita cepat berjauh hati. Jika segala
kehendaknya tidak dituruti atau cakapnya dilawan, pasti
kata-kata kesat akan terhambur.


3. CAKAP BESAR
Membosankan bila berbicara dengan lelaki menganggap
dirinya terlalu hebat dan mampu melakukan segala-galanya
Bermegah-megah dengan percapaian dan kebaikan diri
seakan-akan dirinya sahaja yang sempurna. Lelaki sebegini
ada kalanya tidak menyedari bahawa wanita di hadapannya 
itu lebih tinggi intelektualnya dan lebih hebat penampilannya.

4. MENGONGKONG
Setiap pergerakan teman wanita atau isteri dikawal sehingga-
kan gaya pemakaian juga ditentukannya. Hendak keluar ke
kedai sekalipun, perlu diberitahu. Perkara kecil sebeginilah
yang boleh mengundang pentengkaran. Tetapi apabila wanita 
bertanyakan aktiviti mereka, tahu pula melenting.

5. EGO
Keegoaan membuatkan lelaki berasa mempunyai kuasa veto
dalam kehidupan mereka termasuklah dalam memimpin kaum 
wanita. Mereka lebih mementingkan keegoan tanpa
mempedulikan perasaan wanita. Sifat inilah merupkan masalah
yang paling ketara dan merimaskan wanita.

6. MENIPU
Wanita paling benci jika lelaki menipu dirinya. Sudah berpunya 
tetapi mengaku masih solo. Sikap lelaki yang suka menipu atau
memberikan alasan yang tidak munasabah, hnaya mengundang
kemarahan apabila perkara sebenar terbongkar. Lebih baik kiranya
anda berterus terang kerana wanita lebih menghormati lelaki yang
jujur.

7. PERASAN
Wahai lelaki usahlah anda terlalu mengagunkan wajah yang tampan,
kerjaya yang hebat dan penampilan yang menarik pada diri anda.
Tak perlulah anda canangkan bahawa dirimu adalah lelaki idaman
ribuan wanita. Ingat, tidak semua wanita memandang kesempurnaan
dari luaran semata-mata. Silap-silap, ramai yang mengutuk dari
menguji.


8. CEMBURU BUTA
Benar cemburu otu tandanya sayang. Tetapi jika cemburu tidak
kena tempat dan berlebihan, itu sudah dianggap cemburu buta, Jika
keluar untuk bertemu pelanggan juga dipertikaikan, maka tidak
hairanlah jika ramai wanita berkerjaya terpaksa angkat kaki kerana
tidak tahan dengan kerenah teman lelakinya.


9. MATA DUITAN
Jangan anggap wanita sahaja kaki kikis kerana lelaki juga tidak
terkecuali. Mereka sanggup bermain emosi dengan mencipta pelbagai
alasan yang ada kalanya kedengaran tidak logik demi memancing
duit kekasihnya. Soal malu bukan lagi perkara penting asalkan poket
terus terisi.


10. KOMITED DENGAN KERJA
Hidupnya hanya dengan kerja sehinggakan masa untuk bertemu 
langsung tiada, Jika keluar sekalipun, topik yang dibualkan juga
sering menyentuh soal kerja dan dirinya sering merungut dengan
bebanan kerja yang semakin bertambah. bukan tidak boleh 
mementingkan kerjanya, tetapi bahagikan masa dengan bijak
untuk bersama keluarga atau teman wanita anda.
 




THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...