STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: 10 Tips Penjagaan Bateri Laptop

10 Tips Penjagaan Bateri Laptop




Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Adakah korang tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian korang? Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan korang tahu cara penjagaannya. Dan hari ini ain ingin berkongsi pada korang semua bagaimana cara untuk memanjangkan hayat sesebuat bateri dan prestasi bateri tersebut. Bagi sesiapa yang tidak menjaga bateri laptop mereka, korang perlu tahu berapakah harga sesebuah bateri tersebut di Malaysia dan dimanakah boleh mendapatkannya. Jadi, jom ikut tips yang penjagaan bateri yang boleh korang praktikkan seperti dibawah.

1. Charger/AC Power
Jika korang berada dirumah, memang digalakkan untuk korang menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau boleh bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.
2. Kawal Suhu Laptop
Jika korang menggunakan bateri, pastikan suhu laptop korang tidak terlalu panas. Jika suhu laptop korang terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop korang berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, korang perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan laptop korang untuk memberi ruangan udara yang luas.
3. Kawal Kelajuan CPU
Korang boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, korang perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Korang boleh memilih samaada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).
4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.
5. Guna Hibernation Mode
Jika korang mahu meninggalkan laptop korang dalam keadaan terpasang, aku cadangkan korang guna Hibernation Mode. Jika korang hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.
6. Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD korang jika tidak menggunakannya. Selain itu, korang boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata korang juga.
7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Apa yang ain maksud hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tak guna, matikan. so, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.
8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)
Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tue, tak payah la cucuk, pakai touchpad je.
9. Matikan Jadual Tugasan (Scheduled Tasks)
Apa yang ain maksudkan dengan jadual tugasan tue. Bunyinya cam kelakar plak. Hm. Dipendekkan cerita, matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem korang. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.
10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Ini yang terakhir dan memang penting. Pastikan korang matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.

SUMBER Mr Piratz

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...