STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: 6 Tanda Kekasih Curang

6 Tanda Kekasih Curang

Assalamualaikum..
Hari ini tiba2 ase terpanggil untuk mencari entri ni.. xtau kenapa.. Tapi xsalah mencari dan cuba untuk berkongsikan.. Ok.. Jom same2 kita baca..

1. Sikap Yang Tiba-Tiba Berubah
Mungkin anda perasan sikapnya yang agak dingin atau ‘acuh tak acuh’ terhadap anda. Kalau dulu rajin sms, mungkin sekarang, sms pun dah jarang. Kalau sms pun, gaya bahasanya berlainan. Mungkin tak semesra dulu. Kini, anda pula yang sering sms si dia. Nak tunggu si dia reply, oh lambatnya.

2. Suaranya Berubah
Selalunya bicaranya lembut dan manja. Tapi mungkin anda perasan tutur katanya, ton suaranya, tak seperti dulu.

3. Tidak Berminat
Dia seolah-olah tidak berminat dengan anda. Tidak berminat dengan aktiviti yang anda lakukan, tidak berminat untuk berjumpa dan keluar dengan anda. Sebenarnya, dia sedang menjauhkan dirinya dari anda.

4. Menjadikan Isu Kecil Menjadi Masalah Yang Besar
Orang yang ingin beralih arah dalam percintaan biasanya menjadikan isu-isu kecil dalam perhubungan sebagai isu atau masalah yang besar. Kenapa? Mungkin kerana ia ingin menjadikan isu itu kononnya sebagai alasan mengapa dia mahu putuskan hubungan dengan anda, walhal bukanlah sebesar mana permasalahannya.

5. Sensitif dan sering marah-marah\
Entah kenapa agaknya, apa saja yang anda buat, mengundang kemarahannya. Pendek kata, ada saja yang tak betul di matanya. Ye lah, orang dah tak sayang. Memanglah macam tu.

6. Alasan Yang Tak Munasabah
Dia mungkin berterus terang, bahawa dia tidak ingin meneruskan hubungan percintaan. Walau apa pun alasannya, biasanya dia tidak akan jujur dengan anda bahawa dia sedang mencintai orang lain. Jika antara alasan yang diberikan agak tidak munasabah seperti “mungkin bukan jodoh kita”, “awak terlalu baik untuk saya”, nasihat saya, berhati-hatilah, anda mungkin ditipu oleh dirinya yang curang!

CREDIT http://www.ideariza.com



THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...