STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Senarai Filem Melayu Yang Diwartakan Ada Babak Ranjang

Senarai Filem Melayu Yang Diwartakan Ada Babak Ranjang



Senarai Filem Melayu Yang Diwartakan Ada Babak Ranjang


Embun
Pengarah: Erma Fatima
Filem yang mengangkat kisah kesengsaraan wanita, Embun, yang diperkosa tentera Jepun, mendapat kritikan hebat ekoran adegan tersebut telah menampakkan bahagian punggung pelakonnya, Allahyarham Izi Yahya.

Perempuan, Isteri dan ...
Pengarah: U-Wei Saari
Filem itu menampilkan Datin Sofea Jane, sebagai Zaleha, yang tampil berkemban dan separa bogel. Selain itu, beberapa aksi ranjang dan adegan terlampau turut diselitkan dalam filem ini.

Klip 3GP
Pengarah: Aidil Fitri Mohamed Yunos
Filem ini mencetus fenomena apabila adegan ranjang yang mengghairahkan antara Mimi, One Nation Emcees dan Fikhree Bakar menjadi bualan ramai. Filem ini mengisahkan beberapa kisah yang dijadikan sub-plot yang memaparkan kesan rakaman video adegan-adegan ghairah yang disebarkan di Internet.

...Dalam Botol
Pengarah: Khir Rahman
Filem sulung arahan, Khir Rahman ini menampilkan pelakon, Arja Lee, yang memilih untuk menjalani kehidupan sebagai wanita. Filem bertemakan homoseksual dan transeksual ini adalah filem pertama yang berjaya ditayangkan di pawagam tempatan.

Mantra
Pengarah: Azhari Zain
Selain lakonan, Zul Suphian yang tampil berbogel, aktres Ana Dahlia juga turut dikecam kerana keberaniannya mendedahkan belakang tubuh untuk filem ini.

Ombak Rindu
Pengarah: Osman Ali
Filem yang membawa fenomena dalam dunia adaptasi novel ini mengundang kontroversi setelah babak ranjang antara, Aaron Aziz dan Maya Karin, mendapat kritikan dan disifatkan keterlaluan untuk ditayangkan kepada semua peringkat umur.

Jiwa Taiko
Pengarah: Osman Ali
Walaupun memaparkan genre aksi, namun filem ini turut menyelitkan unsur seksual dengan babak intim di antara Bront Palarae dan Nadiya Nisaa

Sumber : sini

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...