STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Wanita Perlu Tahu Si Dia Serius Atau Tidak

Wanita Perlu Tahu Si Dia Serius Atau Tidak


Tanpa anda sedari, detik pertama semasa si dia atau anda sendiri melakukan sesuatu perkara, boleh menjadi kayu pengukur penentu arah hubungan anda.

TAHAP 1: BARU BERKENALAN
Si dia memanggil anda girlfriend buat pertama kali
Selama dua bulan anda keluardating dengan si jejaka, anda fikir beliau menggangap anda sebagai seorang kawan. Tetapi, apabila beliau akhirnya memperkenalkan anda sebagai temanitanya kepada seorang teman, ini bermakna beliau sudah mula bersikap lebih serius terhadap hubungan kalian. Gelaran temanita atau teman lelaki secara terbuka adalah satu cara baik untuk membawa hubungan kalian ke tahap yang lebih mesra. Si jejaka juga sudah bersedia untuk mengenali anda dengan lebih mendalam.

Anda tidak bersetuju buat pertama kali
Anda telah mengikuti teman lelaki anda menyaksikan perlawanan bola sepak selama tiga bulan. Pada suatu hari, anda tercakap kepadanya bahawa anda benci bola sepak. Ahhh... anda lega kerana anda akhirnya telah bersikap jujur kepadanya. Jangan terkejut jika beliau juga tidak suka menemani anda membeli-belah. Pakar seksologi klinikal, Dr Patti Britton, yang juga penulis buku, The Art of Sex Coaching, berkata: “Kita selalu bersikap toleran terhadap pasangan pada awal hubungan kerana enggan menjejas hubungan yang baru terjalin. Tapi, apabila kita mendapati hubungan kian stabil, itulah masanya kita bersikap jujur. “Apabila pasangan mula bersikap jujur terhadap satu sama lain, hubungan akan menghala ke arah kebaikan.”

TAHAP 2: TUNJUK LEBIH KOMITMEN
Anda temui keluarganya buat pertama kali Teman lelaki anda tiba-tiba mengajak anda menemui anggota keluarganya. Beliau telah menunjukkan komitmen yang lebih mendalam. Inilah masanya anda mendapat lebih maklumat tentang sikap teman lelaki anda. Anda mungkin akan melihat sifat-sifatnya yang belum anda ketahui atau sikapnya yang menjengkelkan bakal lebih ketara. Pakar seksologi klinikal, Dr Patti, mengatakan bahawa sikap seseorang semasa bersama anggota keluarganya akan menunjukkan fi kiran, perasaan dan tabiatnya. Kunjungan sebegini boleh membuat anda lebih menyayangi si dia atau mengundurkan diri daripada hubungan itu.

Detik sepi yang menyelesakan buat pertama kali
Anda dan pasangan berada di dalam kereta menuju ke sesuatu tempat. Teman lelaki anda sedang memandu, manakala, anda duduk, mendiamkan diri. Kalian tidak membuka radio atau berbicara. Pada saat itu, anda berasa tenang dan selesa dengan si dia walaupun kalian tidak berbual. Detik senyap yang menyelesakan itu menandakan kalian berasa selamat dan selesa dengan satu sama lain. Ia mungkin berlaku selepas setahun kalian bersama.

TAHAP 3: HUBUNGAN KIAN MATANG
Hadapi tragedi buat kali pertama
Kalian mungkin bakal menghadapi satu keadaan yang menyedihkan atau sukar selepas hampir setahun bersama.Pasangan yang menghadapi satu tragedi bersama akan lebih menghargai pasangan mereka. Ia memberi pasangan itu ruang untuk lebih mendekati satu sama lain. Pertengkaran besar yang pertama Pasangan yang bertengkar besar buat pertama kali menunjukkan bahawa hubungan mereka kian matang. Walau bertengkar, mereka kemudian berusaha untuk menghuraikan masalah bersama. Ini menandakan bahawa mereka sudah memilih satu sama lain sebagai pasangan dan bersedia mengharungi suka duka bersama.

TAHAP 4: SEDIA HIDUP BERSAMA
Anda anggap si dia keluarga anda buat pertama kali
Setelah menjalin hubungan bersama selama tempoh tertentu, anda sedar bahawa semua kenangan indah berhubung kait dengan si dia. Anda mula sedar si dia adalah pasangan hidup pilihan anda. Begitu juga dengannya. Hubungan kalian sudah matang dan kalian ingin memulakan satu keluarga baru bersama. 

sumber sini
THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...