STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Ikhlaskan Hati

Ikhlaskan Hati

Assalamualaikum..
Sekarang aku rasa mcam semangat plak nak hidupkan balik blog aku. Hahaaha.. Kononnya sekarang aku ada masa nak buat semua ni, so aku buat laa.. Sekarang aku nak sambung balik entri aku yang sebelum ni. Bila korang dah dapat ujian, macam mana nak ikhlaskan hari untuk terima ujian tu? Sebanyak mana ikhlas korang? Dan yang palinG penting macam mana kau nak tahu kita ikhas ke tak? Ok, jom kita cek..

Bila korang ditimpa ujian dengan putus cinta. Macam mana korang buat? Nak2 yang dah bercinta bertahun tahun tu, mesti menangis, meraung bagai nak rak kan? Ada yang setengah tu smpai telan panadol bagai untuk hilangkan stress, asal tak telan je ubat tikus bagi mati terus. Hahahahah.. Ayat memang jahat kan. So, kat sini lah korang boleh tahu macam mana ikhlasnye kita untuk hadapi ujian ni. Bagi yang telan panadol, bunuh diri bagai tu bukan ikhlas namanya. 

Bagi aku, bila kita terima ujian kita dengan ikhlas adalah dengan cara membiarkan orang yang kita sayang pergi dan biarkan dia bahagia bersama pilihannya. Kita kena ingat yang lelaki dalam dunia bukan seorang dan korang kena ingat jugak yang lelaki yang macam dia hanya dia je. Korang paham tak maksud aku? So, kat sini walaupun dia dah tinggalkan kita tak perlulah kita nak benci dia, sebab korang kena ingat yang dulu masa dia dengan korang, mesti dia banyak sangat tolong kita sampai kita tak boleh nak balas budi dia kan? Kan? Mengaku je lah, tak payalah korang nak sorok2 bagai, aku pun manusia weh, mestilah aku tahu. Dan untuk ajar diri kita ikhlas nak lepaskan dia, kita anggap je kita tengah bayar hutang budi dia dengan cara memastikan dia hidup bahagia dengan pilihan dia. So, dengan perlahan lahan kita akan boleh ikhlas lepaskan dia dan lupakan dia. Percayalah cakap aku. Cara tu sebenarnya berkesan sangat.

Point aku yang ke dua adalah bila kita dah ikhlas lepaskan diri dan kita bawak diri kita dekat Allah. Kita kena ingat Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita sebenarnya adalah untuk Allah menguji kita, sejauh mana kita dapat mengawal hati, mata, lisan dan seterusnya nafsu. Walau bertahun tahun kita setia, kita cuba jadi yang terbaik untuk dia, kita agungkan dia, kita berkorban untuk dia, kita rancang macam2 dengan dia, nak kahwinlah, nak anak empat oranglah, nak anak kembar lah, nak duduk rumah banglo lah, dan bla... bla.... bla....... Kita lupa sekejap yang apa yang kita rancang tak sehebat seperti mana yang Allah rancang. 

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
Dan sebenarnya kita lupa, kita perlu setia dengan Allah dulu, kita perlu jadi hamba yang terbaik di sisi Allah, kita perlu agungkan Allah, Kita perlu berkorban untuk Allah dulu sebabnya segala galanya datang dari Allah. Barulah ikhlas kita akan datang, bukan sahaja ikhlas dalm menghadapi ujian,tapi ikhlas dalam segala genap dalam kehidupan kita. Insha Allah. Maafkan jika ada terkurang dan terlebih. Yang kurang datang dari saya sendiri dan Yang lebih datang dari ALLAH SWT. 

Jadi yang mana sekarang, dulu atau pada masa akan datang akan ditimpa ujian putus cinta ni, satu je korang kena ingat, sabar dan ikhlas. In sha Allah akan tenang. 

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...