STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Bila Malas Menguasai Diri

Bila Malas Menguasai Diri

Assalamualaikum..

aku sebenarnya teringin sangat nak baiki balik blog aku ni, yelah dahla usang, tak terjamah langsung. TERINGIN sangat nak selalu update blog, tapi tulah bila malas menguasai diri,memang kerja tak akan jadi la..Hmmm.. aku teringin nak tukar banner blog aku yang sekian lama ni, tapi tu lah.. bila malas menguasai diri semua perkara tak jadi.. gambar banner yang kat atas tu rasanya masa aku tingkatan 4 lagi, aduih.. muka pun macam budak2 je.. sekarang muka aku lebih dewasa nak dibandingkan dengan yang dulu dan aku pun dah susut badan sikit dari yang dulu. Aku pernah gemuk dulu sampai mencecah 75kg. Badan tak payah cakaplah, besar weh.. dahlah aku ni tinggi.. bila tinggi + gemuk kau boleh bayangkanlah macam mana kan? Hahahah.. bila aku pergi kedai je, walhal akak yang jual kat kedai tu lebih jauh tua dari aku tapi still panggil aku "AKAK", Geram betul aku, tapi aku tak boleh nak salahkan diorng sebab semuanya bermula dari mata, bila mata dah tengok orang tu macam tu maknaya otak dia akan proses benda yang sama. Nak cari baju pun susah eh.. terpaksa beli yang xxxl, sebab kalau beli xl memang muat2 je badan aku, aku tak nak weh pakai baju ketat2 macam barut nangka.. Tak manis dipandang orang. Isi berketul2 orang nampak, tak malu ke???  Bila tak ada rasa malu dalm diri kita sebagai manusia, kemungkinan iman kita pun nipis.. sebab... 


(copy paste dari abam google)

Sekarang alhamdulillah berat aku dah ok dari yang dulu, taaaaaapi aku still dalam kategori badan yang berisi. Berat aku sekarang 63 kg. Turun dengan mendadak weh.. Aku pun tak percaya aku diberi peluang untuk turun berat badan. Hahahah..Kenapa aku boleh turun? Aku diet ke? Memang tak lah sebab bila malas menguasai diri.. Hahahaha.. sebenarnya berat aku turun time aku kerja.. Masa aku kerja, aku makan sekali sehari je  sebab aku rasa kenyang je walaupun makan sekali sehari dan aku banyak minum air putih. Sehari 3 liter aku minum. 
YUP. 3 LITER!!!!!!
Mungkin sebab tu lah kot badan aku susut, sebab plain water. Apa kelebihan air putih ni, jom usha

1. Menguruskan badan 
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan 
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa
3. Melancarkan sistem pencernaan 
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser 
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan 
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat 
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung 
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok 
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan. credit cahaya purnama
Jadi sayang2 semua kalau nak kurus macam cik ngah ni kenalah minum air putih banyak. ok? Bukan je boleh menguruskan badan tapi banyak lagi manfaatnya, jadi tetaplah setia minum air putih ye.... Aku masih lagi dalam proses nak turunkan berat badan lagi, sebab tak mencapai target aku lagi, kalau boleh aku nak berat aku dalam 57kg - 60kg ke.. Hahaha.. Sebab aku tak suka badan aku kurus sangat, aku nak yang sedang2 je, tak kurus dan tak gemuk. Chewahhh.. Hahahaha.. Bagi aku berat dalam lingkungan target aku dah sesuai sebab aku ka tinggi. Tinggi aku 165cm. Tapi tulah, susah nak capai target sebab bila malas menguasai diri semua perkara tak jadi. Doakan aku supaya aku dapat capai target. Bye2
P/S : Ok, kalau korang baca entri yang aku tulis semua merapu dan bercampur aduk kan? tapi kena ingat ye cik ngah kat sini dah highlight kan perkataan bila malas menguasai diri, so entri ni adalah untuk mengesan kebijaksanaan otak anda.. bila malas dan kita tak ada usaha untuk capai target kita sampai bila2 pun kita akan ada di tempat yang sama dan akan berada di takuk yang lama ibarat katak dibawah tempurung. Jadi untuk kita capai target tak kiralah dari aspek target nak kurus ke, target nak dekan ke, target nak kerja ke, taarget nak melanconG dan bermacam2 target yang ada dalam kepala otak korang, korang kena usaha untuk untuk capai target tu, so bermulalah dari sekarang. jangan jadi macam cik ngah ni yer. Bak kata pepatah mnelayu siapa berusaha dia berjaya dan bak kata perpatah arab مَنْ جَدَّ وَجَدَ.  
Menulis apa susah, nak buat itu yang payah.


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...