STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Jangan Menilai Manusia Dari Pandangan Pertama

Jangan Menilai Manusia Dari Pandangan Pertama

Dengan lafaz bismillah.. Sekarang memang rajin sangat aku nak update blog nih, berbunga bunga taman blog ni bila tahu tuan dia dah semakin hari semakin rajin mengupdate blog. Apa yang aku nak share adalah apa yang selalu terjadi dekat aku. Penyakit aku ni aku jenis suka tengok dan menilai
orang daripada pandangan pertama aku terhadap orang. Yup, sebenarnya bukan aku sorang je dalam
dunia ni yang suka buat penilaian melalui cara tu, sebenarnya lagi ramai. Tapi penyakit aku
ni boleh dibendung lagi sebenarnya, tak kritikal sangatlah. Aku sedar aku ada penyakit yang
macam ni sejak aku sering ditipu dan dianiaya oleh kawan aku, tapi aku tak kisah pun sebenarnya
dorang nak main2kan aku sebab aku dapat pengalaman yang sangat berharga dan jarang orang 
dapat pengalaman yang macam aku dapat, so mohon jeles ok! Daripada pengalaman laa yang akan
membuat anda lebih hebat dan kuat sebenarnya tak kira dari segi fizikal ke mental ke. Ingat 
"PENGALAMAN MENGAJAR ERTI SEBENAR KEHIDUPAN". 

Image result for pengalaman mendewasakan kita
(AbamSadoGoogle)

Bagi aku apa yang mendewasakan seseorang bukanlah  dari pembacaan tapi dari pengalaman, bila dah rasa pengalamn sendiri baru kita dapat rasa dan dapat berfikir macam mana nak lalui sesuatu yang menimpa kita. Nak cakap pasal pengalaman aku bukanlah orang yang banyak pengalaman, tak sehebat orang dekat luar sana, banyak lagi yang hebat dari kita. Kita kena ingat 1 kali kita hebat, 100000 kali orang lebih hebat dari kita, jadi, tolong jangan jadi riak. Ada masa kita ada kat atas dan ada masa juga kita berada di bawah,, ibarat roda. Tak selamanya kita akan terus berada di atas. Beringatlah wahai manusia yang lalai. Aku nak bercerita tentang apa yang dah terjadi dekat aku, jadi cuba baca dan fahami ok!

A : Perempuan yang berpakaian seederhana tapi masih menutup aurat cuma tak lengkap
B : Perempuan yang menutup aurat dengan sepenuhnya
C : Aku si ain :)

Pada suatu hari si A,B & C ditakdirkan untuk bertemu dan ditakdirkan untuk tinggal sebumbung. Sedang si c yang leka dengan kerjanya mengemas terpandang si b yang akan tinggal sebumbung dengannya. ya orangnya  cukup sopan dan bertubuh labuh, dan si c sebagai seorang perempuan pun  rasa sejuk je mata memandang dan dalam hati si c berkata, "bagusnya perempuan b ni. Dan dalam masa yang sama, ya si c juga nampak
perempuan a tapi tidak megendahkannya hanya sekadar jelingan mata yang menyorot si c untuk melihat si a, sungguh hatinya tidak begitu tertarik dengan caranya, walaupun si a ni pun berbaju kurung dan  bertudung, cuma apa yang dapat si a tengok mukanya ditempel dengan secalit foundation dan berlipstik  merah terang. Pada pandangan si a, orang sebegini adalah sosial dan mula berkata di dalam hatinya  yang tidak mahu berkawan dengan si a disebabkan permakaiannya.  Setelah berbulan bulan lamanay mereka tinggal sebumbung barulah si c sedar yang perangai si a jauh lebih baik akhlaknya dari si b. Dan si c tersilap menilai antara si a dan si b. Walaupun si b yang berpakai jauh lebih elok dari si a, tapi akhlak dan akidah si a jauh lebih elok dari si b. 

Maha suci Allah, disitulah kesilapan kita sebagai manusia yang hanya memandang dari luaran sahaja, tapi ak memandang dalaman seseorang. Walaupun kita tak akan nampak dalaman seseorang tuh sehingga kita kenal dia, tapi cuba jangan kita menilai orang tu sebelum kita kenal dia. Tak kenal maka tak cinta.Ye, aku dah banyak kali buat kesilapan macam ni, dan aku harap orang kat luar sana tak terjebak dengan kesilapan yang macam aku buat. Aku tak kata yang orang menutup aurat sepenuhnya jahat, tapi biarlah selaras dengan apa yang dia pakai, akhlak, akidah biarlah selaras dengan labuhnya tudung dia pakai. Kita manusia tak perlu nak jadi munafik semata mata nak orang pandang, tapi risaulah sekiranya Allah tak memandang kita, sedangkan kita hamba Allah bukanlah hamba kepada hamba. Dan tahniah kepada muslimah muslimah yang bertudung labuh dan akhlak dan akidahnya selabuh tudungnya, SubhanAllah.. Doakan aku supaya aku pun mejadi golongan yang bertudung labuh dan akhlak dan akidah selabuh tudung suatu hari nanti.. Aku pun banyak kekurangan aku tapi sekurangnya aku menjadi diri aku sendiri. Segala yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari aku sendiri.

Image result for akhlak dan akidah
(AbamSadoGoogle)

p/s : Ini adalah pandangan aku semata-mata dan pengalaman yang telah terjadi dalam hidup aku. Lain manusia lain pandangannya dan lain manusia lain pengalamannya. :) Mungkin ramai yang terkam aku, kat sini mungkin kita boleh fikir dia masih belajar, tapi biarlah belajar dengan betul dulu, penuhkan lubang keimanan dulu(maksud aku solat), seterusnya baiki akidah, akhlak, jaga ikhtilat, dan barulah terlahirnya seorang muslimah yang hebat.

Jangan terus melangkau untuk berdiri keatas jika kita  dibawah hanya mampu merangkak sahaja. -Harihdannia-

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...