STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Skincare : Review Skinfood Premium Tomato

Skincare : Review Skinfood Premium Tomato

pagi2 je semangat nak update blog berkobar-kobar sih.. yelah daripada aku terus sambung tidur lepas sembanhyang subuh, baik aku update blog ni kan? Adelah jugak faedahnya. Lagipun Rasulullah SAWsendiri melarang anknya Fatimah RA tidur selepas solat subuh..


Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :
“Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.


Masa pagi2 macam ni kan orang cari rezeki, tak elok lah nak tidur kan, nanti jadi tabiaat plak bila kahwin nanti. Tak elok tau, seorang isteri harus bangun pagi untuk menyediakan kperluan suami, macam masakkan sarapan ke,sediakan baju untuk suami pergi kerja ke.. Iye2 je aku taip pasal tanggunjawab seorang isteri, macamlah aku dah nak kahwin.. Tak pe, orang cakap belajar dari awal. Akuu nak kahwin calon pun tak ada, Tak ada orang yang minat aku ni,yelah muka pun tak berapa cantik, hidung kemek, kulit plak kusam dan kasar.

Jadi sebab tulah aku tengah cari skincare apa yang sesuai dengan muka aku, aku pun nak jugak kulit muka aku flawlessss.. bak telur rebus. Chewahh.. Jujur produk muka yang aku try pakai sikit je sebab aku ni jenis yang takut nak mencuba produk muka, nak2 yang dijual di online atau kat mana2. Yang pernah aku guna paling lama adalah Fair & Lovely. Bertahun-tahun dari aku tingkatan 2 mungkin sampai lah aku tingkatan 6 rendah, dan aku stop. Fair & Lovely memang terbaik, kulit muka jadi pinkish je.. Bertahun2 aku setia, tapi hati aku ingin curang, jadi aku cuba guna Fair & Beauty dari Safi sebab dia ala2 Fair & Lovely.

Fair & Beauty dari Safi ni mula2 ok lah pakai, tona kulit pun jadi cerah, tapi makin lama makin tak sesuai dengan kulit aku, aku pun tak tahu kenapa. Bila pakai je cream Fair & Beauty muka aku jadi gatal, panas, mengelupas dan keluar jerawat pasir yang banyak. So, aku stop!! Masa aku tu aku tengah kerja, so aku ada duit lebih laa untuk beli produk muka yang mahal sikit, aku try produk dari korea, iaitu Skinfood. Aku boleh terfikir nak beli sebab aku rasa produk dari korea ni ok alaupun kesan dia lambat dan yang paling penting tak ada bahan kimia macam produk2 lain.Aku beli yang trial set je dekat Qo10. Tak silap aku dalam RM30 lebiH dan produk ni direct dari korea tau, dalam 3 minggu baru aku dapat produk ni, walaupun lama nak tunggu tapi berbalai. Haa, kenapa aku cakap berbaloi? Meh aku review sikit. sebelum tu kita tengok gambar dari abam sado google dulu yer sebab gambar yang aku ambik dah tak tahu dekat folder mana dan aku malas nak cari..
Comelkan? Kecik je,tapi sebenarnya lagi kecik, lebih kurang besar jari manis aku je. Serius kecik dan aku sebenarnya tak jangka yang dia sekecik itu. Skinfood Premium Tomato ni terdiri daripada, TONER >> EMULSION >> ESSENSE >> CREAM.
Mula2 apply toner menggunakan kapas ye, tonyoh2 sikit bagi hilang daki kat muka, dan akan terkejut bila tengok kapas yang putih bersiih tu hitam sebab kekotoran kat muka, lepas tu apply emulsion dia, alaa, letak sikit2 je, kan nak jimat. Then, essense. Picit satu kali je tau sebab dah memadai. Last pakai cream dia, SIAP!!
Aku pakai setiap pagi dan malam, bila aku pakai pagi nak pergi kerja tu, adelah akak indon yang tegur aku pakai apa sebab kulit aku nampak lembap dan sihat, chewaah, baru pakai sehari je pun. Tapi serius aku tak tipu kulit korang akan moist sangat. Hanya moist dan tak berminyak. Aku suka sangat bila dipuji. Hahah.. NI dah kes syok sendiri ni, Sebelum aku tidur aku pakai produk ni dan keesokkan bila bangun pagi tuh, wahh.... kulit memang moist dan lembut je, aku rasa macam nak menangis dan berteriak sekuat hati aku sebab kulit aku boleh jadi lembut macam bayi, Bau produk ni sedap sangat macam bau tomato. 
Bila aku pakai tak ada pun rasa gatal ke, panas ke, kulit aku merah aku, jus prefectlah benda ni dengan kulit aku. Aku punya nak berjimat pakai sikit2 je dan tahan lah dalam sebulan. Lepas dah habis tu aku teringin nak beli dan nak beli yang besar punyer,tapi aku tak tahu kenapa aku boleh tak terbeli. Mungkin sebab aku rasa rimas nak kena beli online lepas tu nak kena tunggu berminggu2. 

And the end aku pakai Fair & Lovely balik. Benda alah ni murah je, dan tahan lama sangat, aku tau dah ramai yang tak pakai produk2 yang murah ni yelah sekarangkan dah bermacam2 produk muka yang dijual samaada dalam online atau kat kiosk2 dan pasar2 malam. Aku teringin tapi aku takut.    Huh, SETIA betul aku ni. Tapi sekarang aku terasa nak curang balik sebab biasalah manusia tak pernah cukup dengan apa yang dia ada selalu nak yang lebih baik dan aku adalah manusia itu.
So, apa produk muka yang aku nak pakai? Kita tunggu naa.. nanti aku update. Daaaa....

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...