STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: ♥ Keropok Lekor Biji Durian ♥

♥ Keropok Lekor Biji Durian ♥

   
    Buah durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus merupakan Raja Buah yang popular di negara tropika.
    Biasanya hanya isi durian dimakan manakala bijinya akan dibuang begitu saja dan menyebabkan pencemaran alam sekitar.
    Kesedaran terhadap alam sekitar, penggunaan bahan buangan dan kos memberikan idea bagi sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjalankan kajian mengenai fungsi biji durian sebagai agen
mengikat dalam pembuatan keropok lekor.
    Mereka berjaya menghasilkan keropok yang dinamakan De seedlekor iaitu keropok diubahsuai menggunakan tepung biji durian, tepung gandum dan ikan.
    Penggantian tepung sagu dengan tepung biji durian telah meningkatkan kualiti keropok lekor.
Kajian yang dijalankan mendapati keropok lekor yang dihasilkan bukan saja kaya dengan nutrien dan khasiat tetapi juga tidak meletup apabila digoreng.
    Ciri-ciri tepung biji durian sama seperti tepung sagu malah ia lebih likat dan tidak mempunyai
ruang udara.
    Penggunaan tepung daripada biji durian akan meningkatkan kualiti keropok lekor dengan menggunakan
tepung daripada biji durian.
    Tepung biji durian kemudian dicampur dengan isi ikan, tepung gandum, air, garam dan serbuk perasa. Ramuan kemudian diuli menjadi keropok lekor dan direbus selama 10 minit sebelum dibungkus dan disimpan sebelum dimasak.
THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...