STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: ♥ Siapa Pencipta "www"? ♥

♥ Siapa Pencipta "www"? ♥

      Setiap kali melayari Internet, anda pastinya menyedari tentang kewujudan frasa 'www' pada pangkal
alamat lawan web sesebuah pertubuhan atau organisasi.
     Namun, tahukah anda apakah fungsi dan siapakah individu yang bertanggungjawab mencipta terma popular itu?
    Mengetengahkan konsep Jaringan Sejagat atau dalam Bahasa Inggerisnya
dikenali sebagai World Wide Web, www merupakan satu sistem jaringan dokumen hiperteks yang membenarkan aktiviti capaian data menerusi Internet.
    Fungsinya adalah supaya pengguna dapat mengakses dokumen pada laman web yang kandungannya telah dikumpul terlebih dahulu di dalam lokasi tapak web.
    Kemudian, dengan menggunakan platform pelayar web, pengguna Internet berpeluang memperolehi pelbagai jenis kandungan serta aplikasi seperti teks, imej, video, dan juga pautan ke laman
web lain.
     Frasa berkenaan sebenarnya telah dicipta oleh seorang saintis komputer bernama Tim Berners Lee pada bulan Mac 1989 sebelum menggunakannya buat pertama kali pada tahun 1991. Beliau juga merupakan pengasas dan pengarah bagi Konsortium Jaringan Sejagat, iaitu sebuah badan piawaian antarabangsa yang bertanggungjawab membangun serta menyelaras teknologi berkaitan konsep itu.
    Apa yang menarik, penyelidik bidang pengkomputeran ini tidak pernah mempatenkan konsep tersebut. Oleh kerana itu, sehingga hari ini, is boleh digunakan oleh sesiapa sahaja secara bebas.

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...