STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: °◕‿◕° Siapa Pencipta Pen Dakwat?

°◕‿◕° Siapa Pencipta Pen Dakwat?


        Ketika menggunakan pen untuk menulis atau mencatat sesuatu, pernahkah  terfikir tentang sejarah alat tulis tersebut? Sebenarnya terdapat pelbagai jenis alat penulisan telah dicipta sejak beratus-ratus tahun dahulu. 
       John Scheffer merupakan individu terawal yang memperkenalkan pen separuh bulu dan separuh logam pada tahun1819.
       Sehingga pada tahun 1884, pen dakwat yang pertama telah dicipta oleh seorang jurujual insurans, Lewis Waterman.
       Menerusi pengenalan itu, Waterman telah mencipta lubang pada penghujung mata pen yang akan berhubung terus dengan kertas.
      Bahagian pengeluaran dakwat pada hujung mata pen pula berfungsi mengawal aliran dakwat dari tempat simpanannya. 
     Terdapat ruang bulat pada pen tersebut yang berperanan menyimpan dan mengeluarkan dakwat untuk menulis.
    Menjelang tahun 1915, kebanyakan pen berubah kepada pengisian dakwat secara sendiri menerusi penyerap getah mudah lentur.
       

                                     



THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...