STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: LELAKI TUA LELONG DIRI DI E-BAY

LELAKI TUA LELONG DIRI DI E-BAY


lelong.jpg
London: eBay, laman lelong yang terkenal kerana menawarkan barangan pada harga murah, minggu lalu menyiarkan tawaran unik untuk dijual: lelaki tua berkulit putih dan botak.

Steve Sewell, penganggur warga Britain yang berusia 58 tahun bagaimanapun gagal melelong dirinya, dalam apa yang dikatakannya sebagai cubaan mendapat perhatian majikan.

Dengan harga yang amat rendah, hanya 99 pence (RM4.50), pemburu tawaran harga murah eBay boleh memiliki seorang manusia.

Walaupun tawaran itu amat murah, ia ditutup tanpa sebarang bidaan. Mungkin pengalaman dan sejarah sudah membuktikan memiliki manusia selalunya tidak berakhir dengan baik. Atau mungkin tawaran itu tidak mempunyai polisi untuk mengembalikan ‘barang rosak.’


Menurut laporan Daily Mail, Sewell mendakwa usianya menyebabkan dia tidak laku dan sukar mencari pekerjaan. Atau mungkin harga yang ditawarkan itu terlalu rendah hingga menyebabkan dia dilihat tidak mempunyai harga diri. - Agensi


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...