Hmm.... ada ketika perhubungan yang tidak begitu menjadi ini boleh dikesan sejak peringkat awal lagi.
Macam2 alasan dan kerenah untuk mengelak daripada anda. Di sini ain kongsikan 10 Petanda dia tidak
kuasa melayan anda. Selalunya yang berlaku ni akan menyebabkan hubungan menjadi 'selamat tinggallah'
Kesian pulak pada sesiapa yang pernah kena macam ney, harap2 bersabar dan cepat2 cari orang lain
yer.. Kumbang bukan seekor cik kak oiiii... Ok, dah2, jom kita
tengok sikit dan perhatikan situasi mana yang pernah terjadi kat anda (cik kak kita nih)
1. Dia sentiasa memberi alasan, mak dan ayahnya belum bersedia untuk menerima menantu setiap kali anda (cik kak kita nih) ajak kahwin..
2. Dia asyik membandingkan anda dengan kawan perempuannya.
3. Dia mencadangkan untuk keluar makan malam tetapi haruslah membayar bersama sama. (alaaa.. separuh2 gitu)
5. Telefon dia tiba2 kehabisan kredit dan dia meminjam telefon anda (cik kak kita nih) untuk
menhubungi kawannnya semata2 nak tanya keputusan perlawanan bola.
6. Si dia (kumbang) nih lebih mengutamakan hobinya berbanding dengan anda
(cik kak kita nih). Dia lebih rela memancing dari malam hingga ke subuh daripada menemani
anda keluar jalan2..
7. Anda teringin makan sate tetapi si dia pulak nak makan nasi ayam dan si dia tidak mempedulikan keinginan anda. Si dia tetap mahu makan nasi ayam!
8. Anda cik kak kita nih) dah berjanji nak keluar jalan2 dengan si dia (kumbang),
namun anda harus terpaksa menebalkan muka, berdiri di sebelahnya sambil menunggu si dia
(kumbang) nih selesai membeli baju dan seluarnya. N paling teruk lagi apabila sampai giliran
anda untuk memilih baju yang anda suka dan meminta si dia untuk memberikan pendapat tetapi si dia hanya membisu dan memutuskan untuk menunggu di dalam kereta.
9. Anda (cik kak kita nih) dah sepakat untuk mengumpul wang bersama sama untuk berkahwin, tetapi setiap bulan duit yang di kumpul semakin susut sebab si dia menggunakan duit itu sebagai tabung kecemasan bila si dia sudah kehabisan wang sebelum cukup hujung bulan.
10. Anda mengajak si dia untuk menemani anda ke bengkel kereta untuk melihat kereta anda yang sedang dibaiki. Kononya dengan membawa si kumbang nih dapat jugakla diskaun sikit sebab laki kan tau hal2 kereta nih, ne tau kot2 kena tipu ke.. Tapi, lain plak yang jadi, si kumbang ney rancak berbual dengan dengan mekanik untu mengubahsuai keretanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan