STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: 12 Pantai Paling Bahaya

12 Pantai Paling Bahaya

pantai paling bahaya

Korang nak tahu tak yang sebenarnya ada jugak pantai yang membahayakan untuk kita.
Kat mana?? Pantai apa? Kat cini kew? Cup2, jganla terlebih panik plak,
of coursela pantai yang bahaya tuh bukan datang dari Malaysia..
Malaysiakan negara yang aman dan nyaman lagi....
<3 Malaysia always...

1) Bikini Atoll, Kepulauan US Marshall –  Bikini Atoll adalah sebuah tempat yang terletak di kawasan Mikronesia yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Marshall yang terletak di Lautan Pasifik. Tapak Warisan Dunia UNESCO ini berbahaya kerana dua alasan, iaitu radiasi nuklear & yu.


2) Playa Zipolite, Mexico – Playa Zipote adalah pantai pasir putih kecil di Oaxaca, Mexico. Gelombang ombaknya yang besar & arus lautnya yang kencang. Banyak pelancong yang berenang di air berwarna biru jernih ini namun akhirnya terseret dek ombak. Pantai ini paling bahaya ketika saat bulan purnama.

3) Gansbaai, Afrika – Gansbaai adalah desa nelayan & destinasi pelancongan popular di Western Cape, Afrika Selatan. Ketika musim anjing laut berkembang biak, jerung-jerung putih yang ganas semakin banyak muncul ke permukaan air. Pelancong diminta berhati-hati.



4) Pantai Chowpatty, India – Pantai ini terletak di bandar Mumbai. Ia telah lama memegang reputasi sebagai salah satu pantai tercemar di dunia & lautnya benar-benar tidak sesuai untuk dijadikan lokasi renang.


5) Pulau Fraser, Australia – Kawasan berbahaya untuk dikunjungi, kecuali jika anda ingin berenang bersama jerung & ubur-ubur serta arus ombak yang tinggi. Di darat anda akan bertemu dengan labah-labah beracun, buaya air laut & juga anjing Dingo, yang sering menyerang manusia.


6) Northern Territory & Queensland, Australia – Queensland berbatasan dengan Laut Koral & Laut Pasifik. Ia menjadikan perairan di kedua-dua kawasan ini kaya spesies laut yang menarik. Namun setiap tahun di antara Oktober hingga April, ribuan ubur-ubur kotak mendiami pantai-pantai utara Australia ini. Ubur-ubur tersebut merupakan salah satu haiwan yang paling berbisa di dunia. Sengatannya akan menyebabkan seseorang mengalami kegagalan jantung.


7) Pantai Amazon, Brazil – Amazon mempunyai sistem peraliran terbesar dari seluruh sistem sungai. Perairan pantai Sungai Amazon ini dihuni ikan piranha, anakonda & belut elektrik.


8) Pantai Copacabana, Brazil – Pantai ini terkenal dengan pencuri dan penyeluk saku. Kerana itu, sebaiknya tinggalkan barang-barang berharga anda di hotel ketika melawat Copacabana.


9) Praia de Boa Viagem, Brazil – Pantai popular di Kota Recife, Brazil. Berenang di pantai ini sudah tidak dibenarkan kerana serangan jerung. Ia juga terkenal dengan kadar jenayah.


10) Hanakapiai, Hawaii – Pantai Hanakapiai adalah pantai di kepulauan Hawaii. Pantai ini mempunyai ombak yang cukup berbahaya. Di pantai ini tidak ada karang yang cukup besar untuk memecah ombak besar yang menghampiri pantai. Ramai pengunjung terbawa arus bahkan ketika mereka berada di perairan cetek.


11) Pantai Gulf, California – Pantai ini nampak cantik dengan pasir yang putih. Ia sebenarnya adalah habitat ular yang paling berbisa di Amerika Syarikat. Bisa ular ini mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang dari 2 jam.


12) Pantai Pulau Shired, Florida – Pantai yang terletak di Florida, Amerika Syarikat ini merupakan pantai yang tercemar. Kemungkinan besar anda akan mengalami iritasi kulit, meningitis, hepatitis & masalah perut jika berenang di situ.


SUMBER ASAL : Nurul Azam Blog 






THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...