STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: 25 Sebab dia cuma boleh jadi kawan baik

25 Sebab dia cuma boleh jadi kawan baik

1. Dia boleh tergelak besar sewaktu kita menceritakan insiden diri mahu digoda oleh teman baiknya.

2. Apabila bertentang mata dengannnya, kita tidak terasa getaran cinta atau dada yang berdebar-debar.

3. Kala bercuti, kita tidak teringat langsung pada dirinya.

4. Sewaktu keluar makan dengannya, kita tidak malu-malu memesan Big Mac, Coke gelas besar, ditambahdengan kentang goreng, ais krim dan nugget. Habis semua dimakan dan tidak sampai sejam, anda ternampak pula mamak menjual cendol, anda mengajak teman lelaki itu menjamu selera lagi.

5. Diri diserang selsema, rasa tidak tertahan lagi. Anda terus mencapai tisu dan menghembus hingusdi depannya kerana tidak ada pilihan. Selepas itu, anda cuam tersengih dan si dia selamba sahaja mukanya.

6. Setiap kali membuat temui janji dengan si dia, anda tidak pernah susah hati memikirkan pasal baju, gaya rambut atau stail solekan yang sesuai.

7. Ada ketika apabila bersentuhan, mungkin secara tidak sengaja seperti berhimpit-himpit di tapak karnival, namun anda langsung tidak berasa sebarang renjatan elektrik pada sentuhan itu.

8. Kalau menonton filem lucu atau mendengar dia bercerita sesuatu yang kelakar, anda tidak malu-malu untuk ketawa berdekah-dekah. Anda adalah diri anda, walaupun pengenalan masih terlalu awal.

9. Bila dia menguap, dia terlupa untuk menutup mulut. Dia begitu bersahaja sehingga anda dapat melihat lalat melintasi dan hampir masuk ke dalam mulutnya.

10. Si dia tidak malu-malu meminta anda menggunakan duit anda untuk membayar makan malam.

11. Di mesin bayaran parkir kereta, sekali lagi dia minta anda bayarkan dengan alasan dia tiada duit kecil.

12. Setiap kali mahu berhubungan, dia hanya missed call kepada anda.Tanap teragak- agak dia memberitahu kredit kad prabayar telefon dia habis.

13. Kala anda menceritakan pengalaman putus cinta, dia mendengar bersungguh-sungguh tanpa menunjukkan sebarang emosi.

14. Dia tidak pernah bercakap atau memberi isyarat mengenai masa hadapan perhubungan ini.

15. Dia tidak berminat langsung mengetahui kisah keluarga anda atau bila boleh menziarahi orang tua anda.

16. Dia tidak pernah ingat hari lahir anda. Bila disebut, barulah dia belanja makan. Itu pun sekadar makan rojak sebab sewaktu anda memberitahunya, kalian sedang melintasi satu gerai rojak.

17. Kalau dia keluar daerah atau bercuti, dia tidak pernah menelefon anda. Kalau dia telefo pun sekadar berpesan supaya anda menjenguk ikan di akuarium rumahnya, agar tidak mati kebuluran.

18. Habis glamor, dia memberikan anda hadiah rabtai kunci atau penanda buku bila dia bercuti.

19. Dia asyik bercerita, sibuk mengumpul duit untuk menukar ekzos keretanya, menukar sport rim kereta atau membantu adiknya yang bakal berkahwin tanpa menyebut bila agaknya dia mahu mencukupkan duit untuk meminang anda.

20. Kalau anda bertengkar atau berselisih faham dengannnya, usah bermimpilah dia akan memujuk, jauh sekali meminta maaf dengan gaya yang romantik. Kalau mahu berdamai sekalipun, biasanya keadaan dan masa yang menentukan.

21. Si dia terlupa nama penuh anda dan masih tersalah eja walaupun sedah banyak kali anda bagitau pada dia.

22. Si dia tidak pernah mempelawa nada untuk beraya ke rumahnya dan kalau beraya ke rumah anda dia akan membawa kawan-kawan segerombolan.

23. Anda menghidap demam campak atau aplaing tidak selsema yang teruk, si dia mengelak daripada mendekati anda kerana bimbang terjangkit.

24. Si dia tidak sedikit pun bersa malu atau segan untuk sendawa atau mencungkil gigi di depan anda selepas makan bersama.

25. Setiap kali berjalan dan bertemu dengan teman- temannya, si dia hanya memperkenalkan anda sebagai 'kawan sahaja.'

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

2 ulasan:

Unknown berkata...

tapi yg mngelak psl demam campak tu tkut berjangkit tpi walau demam cmpk ttp nk jmpe acane pulak tu .

AinNadhirah berkata...

tu memg dia boleh jadi kekasih kitala.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...