STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: 21 Alasan dia layak menjadi kekasih

21 Alasan dia layak menjadi kekasih


1. Dia menghadiahkan anda (cik kak kita nih) sebentuk cincin tanpa menunggu hari pertunangan atau detik penikahan.Waauu.. Sweet sangat..

2. Anda selalu runsing mengatakan jerawat cepat naik di muka dan anda mengelak daripada makan coklat mahupun kacang. Tetapi bagi si dia, jerawat itu benar2 menjadi pemanis pipi anda. Katanya tanpa jerawat, wajah anda nampak pucat. Jadi sekadar jerawat nasi, baginya memang penaik seri wajah anda.. 

3. Anda telah menghabiskan kesemua wang gajinya yang anda simpankan untuk hari perkahwinan dengan membeli tas tangan idaman yang berjenama. Dia tidak marah, malah katanya, sesekali anda juga perlu bergaya.

4. Anda berjanji untuk keluar makan dengannya, namun tidak dapat menunaikan janji. Sebaliknya, anda pulang lewat kerana menyudahkan tugasan kuliah atau kerja overtime di pejabat. Dia tidak merungut, sebaliknya singgah menemankan anda dengan membawa sebungkus roti canai atau burger bersama teh tarik. 

5. Kali pertama berkunjung ke rumah anda pada hari raya, dia bukan sahaja membawa beberapa batang lemang, malah turut menghadiahkan emak anda sepasang baju kurung dan juga selendang.

6. Dia sempat memuji emak anda, kononnya awet muda, macam kakak anda layaknya.

7. Dia tidak perlu menunggu hari jadi anda untuk memberikan anda sejambak bunga.

8. Sehari tidak mendengar suaranya, anda (cik kak kita nih) berasa cukup gelisah.

9. Anda sentiasa berdebar debar dan resah sepanjang tempoh dia bercuti atau keluar daerah. Macamlah t kena culik an?? Huhuhu.

10. Malang selalunya tidak berbau, namun dengan takdir Allah, setiap kali si dia bakal menerima masalah, kesulitan atau kemalangan, anda seperti boleh merasainya. Ada gerak hati yang membisikkan kepada anda, sesuatu yang tidak elok bakal terjadi. Dan, anda tidak tahu bagaimana mahu memberitahunya.

11. Hati anda sering berasa cuak setiap kali dia memberitahu dia bakal beraya di rumah kawan
perempuannya yang mungkin kawan sekuliah atau satu tempat kerja. 

12. Hatta, dia mahu beraya ke rumah ibu saudaranya pun, anda risau kerana anda tahu kerana
ibu saudarnya itu ramai anak perempuan.

13. Anda berasa tidak pasti hubungan anda dengan si dia, namun kawan2 memberi galakan dan ada yang nakal mengusik. Setiap kali mereka menyakat, hari anda berdebar debar. Anda sebenarnya suka diusik dan ada hati pada si dia.

14. Kalau ada berlaku pengtekaran, anda memang mengharapkan si dia telefon dan memujuk anda. 

15. Kalau ada temu janji, anda menjadi tidak keruan. Pening kepala memikirkan fesyen apa yang sesuai walaupun sudah membongkar satu almari dan menggosak dua tiga kali baju.

16. Tiba2 sahaja anda cukup cerewwt dengan persediaan sebelum keluar rumah. Subuh lagi sudah bangun. Membelek muka hampir sejam di cermin, kebersihan kuku juga turut diberi perhatian.

17. Muka anda berubah merah dan berasa panas tiba2 serta jantung berdegup kencang apabila dia bercerita mengenai hati dan perasaannya.

18. Anda berasa cemas apabila dia menceriyakan mengenai kisah cintanya yang putus tengah jalan dahulu.

19. Anda mengharapkan hadiah yang penuh kejutan dan istimewa pada hari ulang tahun perkenalan.Tetapi apabila dia menghadiahkan anda seutas rantai gerek yang dipakai tidak sampai tiga bulan, leher anda meruam dan warna saduran emasnya pudar, namun anda tetap menerimanya dengan penuh rasa terharu. 

20. Setiap kali si dia mendapat panggilan telefon daripada rakan wanita sepejabat dengannya, anda berasa ada getar cemburu di dada, walaupun anda tahu mereka berbincang mengenai urusan kerja.

21. Hati anda sentiasa tenang dan lapang apabila berda di sisinya. Anda sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana hidup anda tanpa dia disisi.



THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...