STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: 10 Gajet Termahal di Dunia

10 Gajet Termahal di Dunia


1) Tablet Gold Motorola Xoom edisi terhad
Syarikat  teknologi Motorola memperkenalkan tablet Xoom bersalut emas ini dalam kuantiti yang sangat terhad. Ia hanya untuk dibawa oleh artisartis ternama pada acara Anugerah Academy di Hollywood. Ia digunakan ketika golongan ini memperkenalkan calon-calon bagi beberapa kategori
seperti artis terbaik, pelakon terbaik, aktor pendukung terbaik dan sutradara terbaik.

2) iPhone 4 Diamond Rose
Telefon pintar iPhone 4 yang disaluti emas berwarna merah dan lebih 500 butiran berlian ini berharga £5 juta (RM24,702,075). Ia juga ditaburi 53 butiran berlian yang membentuk logo Apple di belakangnya serta control navigasi utamanya diperbuat daripada platinum dengan berlian merah jambu di tengahnya.




3) Casing Tinie Tempah’s Gold Mobiles
Casing emas 22 karat untuk telefon jenama Blackberry ini diperkenalkan pada acara Brit Award.
 


4) Fon kepala DJ Swarovski
Fon kepala menjadi peralatan yang diperlukan ketika mendengarkan muzikselain dijadikan aksesori yang sangat unik. Fon kepala Audio Technica ATHM50 yang dipenuhi dengan batu Swarovski di seluruh lapisan luarnya ini pernah dibida pada harga £1,799,99 (RM889,270) di Firebox.com.


5) Tetikus Swiss
Sebuah perusahaan di Swiss mencipta tetikus komputer yang disaluti emas putih 18 karat serta 59 potongan berlian.  Menggunakan Diamond Flower dan Scattered Diamond, ia ditawar pada harga £16, 200 (RM80,035) di laman web Fabstuff.net.

6) Motorola Motopure H12
Headset keluaran Motorola ini juga tergolong antara gajet termahal di dunia. Harga yang ditawarkan sekitar £4,000 (RM19,764), bersesuaian dengan bahan binaan yang digunakan iaitu emas putih atau kuning 18 karat di bahagian depan serta 250 potongan berlian putih, merah dan hitam.


7) Gold Nintendo Wii
Nintendo Wii bertahta emas ini jauh berbeza dari beberapa siri Nintendo Wii yang lain. Konsol permainan yang disaluti emas 24 karat ini dijual pada harga £529 (RM2,614).


8) Dock Kristal
Dudukan untuk iPod atau iPhone ini diperbuat daripada kristal dan ia merupakan buatan tangan
dari seniman asal Slovenia, Calypso. Ia mempunyai empat reka bentuk dan hanya 999 buah sahaja yang dihasilkan pada harga 349 Euro (RM1,380).

 


9) Prestige HD Supreme Edition
Televisyen layar datar mewah ini mampu menarik serta menangkap perhatian setiap orang yang melihatnya. Berukuran 55 inci serta disaluti emas 22 karat, ia juga diperkemaskan dengan 48 butir berlian dan disaluti kulit buaya. Beratnya mencecah 19 kilogram dan harga yang ditawarkan ialah £1
juta (RM4,941,175).



10) Leica M9 Titanium
Kamera M9 ini merupakan kamera digital pertama yang memiliki frame penuh sensor CCD yang berfungsi memotret dengan sempurna mengikut format 35 milimeter. Lebih eksklusif, hanya 500 buah kamera titanium ini sahaja dihasilkan dan dijual pada harga £19,200 (RM94,840) setiap satu.


Semua gambar adalah dari Encik Google

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

1 ulasan:

(^,^) berkata...

wow.. peminat gadget

jemput join contest... berpeluang memenangi tshirt blog siap url blog anda sendiri!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...