STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Mak Mertua

Mak Mertua


1 Bulan selepas kejadian yang menimpa Si Ina dalam episode Khilaf Aku.

"Ina! Ina!, mana budak ni? Dipanggilnya tak menyahut-yahut. Sakit hati betul aku!"

Aku yang dari dapur rumah suami aku lari ke ruang tamu.. "Ye mak, kenapa?". Aku soal punyalah prihatin dekat mak mertua aku tu.

Tup2, dia jawab macam ni hah.

" Kau ada nampak baju yang baru aku beli dekat pasar semalam"?

" X nampakla mak, mak letak kat mana semalam?". Aku tinggalkan mak mertuaaku duk sorang2 kat situ.

Punyalah kasar mak mertua bercakap dengan menantu kalau tengah naik angin.. Kalau korang nak tahu, mak mertua aku ni sebenarnya cerewet tahap tak boleh fikir dek akal tau.. Mentang2la aku ni menantu bongsu. Mak mertua aku ni ada 3 menantu perempuan.Semau cun melucun termasuk aku... Chewaahhh.. Perasan plak aku ni...

Ada hari tu, mak mertua aku ni dia buat test tau untuk 3 menantu cun dia tau.. Korang mesti nak tahukan apa test yang dibuat oleh mak mertua aku an? Ok, apa lagi, jom skodeng...

Mak mertua aku, dia ajak menantu cun yang sulong teman dia pergi jalan-jalan dekat tasik . Tiba-tiba mak mertua aku sengaja jatuhkan diri dia dalam tasik tu.. Kak ipar sulung aku apa lagi, dia terjun dalam tasik tu untuk selamatkan mak mertua aku..
Keesokkan hari di rumak kak ipar sulong aku, ada sebuah kereta Perodua Myvi dan sepucuk surat dari mak mertua yang tertulis " Terima kasih selamatkan mak, nak.."

Selepas tu, mak mertua aku ajak kak ipar aku yang ke dua untuk teman dia jalan2 dekat tasik. Sama macam yang dirancang untuk kak ipar pertama aku la.. Sebenarnya kak ipar pertama aku dah bagitau dekat kak ipar ke dua aku pasal hal ini, cuma dia tak bagitahu aku je.. maklumla aku orang baru dalam family ni, mungin suasana mesra tak muncul lagi..

Berbalik pada cerita, bila mak mertua aku tiba2 jatuhkan diri dia dalam tasik tu, apa lagi kak iparaku ynag ke dua tu terjun dan selamatkan mak mertua aku.Keesokkan hari di depan rumah kak mertua aku, ada sebauh Perodua Myvi dan sepucuk surat yang tertulis, " Terima kasih selamatkan mak, nak.."

Sedap betul dapat hadiah kereta, bila giliran aku yang kena uji tu, aku tak pandai berenang, bila mak mertua aku sengaja jatuhkan diri dia, aku tak terjun dalam tasik tu, sebaliknya aku larikan diri dan pergi cari orang tuk selamatkan mak mertua aku, aku kan tak pandai berenang, kan tak pasal2, aku plak yang jadi arwah dan hantu air kat dalam tasik tu, mak mertua aku punyala tertekan dengan aku, katanya dia hampir lemas sebab aku lambat selamatkan dia.Tula, nak buat test sangat..

Keesokkan harinya aku, memang aku dah confirm tak ada kereta baru depan rumah aku. Tapi disebabkan aku ak buang sampah dalam tong sampah yang ada kat kaur rumah aku, tiba2 aku ternampak sebuah kereta Grand Livina. Aku pown apa lagi, pergila tengok dekat2.. Heheh.. Punyala excited.. Ada jugak sepucuk surat tau yang tertulis, "Terima kasih nak sebab dah kurangkan cerewet mak." Wooww.. Ayah mertua aku bagi kereta lagi besar berbanding dengan mak mertua aku.. Hebat2...

Pengajaran : Korang fikir sendiri ye..


Kisah ni sambungan untuk kisah si Ina dan suami. Ceritanya adalah rekaan semata mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.. Kalau boleh, tolong jangan salan faham ye...





THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

2 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

tengah cuba nak faham part dapat Grand Livina tu... dan sebab kurangkan cerewet mak tu...he he he... ke akak yang slow ni?

AinNadhirah berkata...

kesian kat akak... disebabkab mak mertua tu yang hampir mati lemas, dia dah tak cerewet. Sebab tula, ayah mertua ucapkan terima kasih kat ina tu.. Sebab ina, mak mertua dia dah kurang cerewet dengan menantu.. Macam tula lebih kurang akak.... tq sudi baca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...