HIMALAYA atau lebih dikenali dengan Banjaran
Himalaya merupakan banjaran gunung Asia yang memisahkan India dan kawasan utara
Pakistan di selatan dan tenggara dari dataran Tibet.
Banjaran ini merangkumi lima Negara iaitu Pakistan,
India, China, Bhutan dan Nepal dan ia bercantum dengan banjaran gunung Hindu
Kush di Afghanistan.
Selain itu, Himalaya merupakan sumber kepada dua sistem
sungai iaitu Lembangan Indus dan Lembangan Ganga-Brahmaputra. Dengan panjang
sekitar 2,400 kilometer (km) iaitu dari
Nanga Parbat di barat hingga Namche Barwa di timur
sertalebar bervariasi antara 250-300 km,
Himalaya terdiri daripada tiga barisan parallel yang di
atur mengikut ketinggian ketinggian dan usia secara geologis.
Lebih menarik tentang banjaran ini ialah menempatkan
antara 10 gunung yang tertinggi di
dunia.
Berikut merupakan kedudukan
gunung mengikut ketinggian dari
paras laut:
1. Gunung
tertinggi di dunia: Everest,
Pergunungan
Himalaya, Nepal/Tibet
dengan 8,850 meter
(m).
2. (Godwin
Austen), Pegunungan
Karakoram,
Pakistan/China dengan
8,611 m.
3. Kangchenjunga,
Pergunungan
Himalaya,
India/Nepal dengan
8,586 m.
4. Lhotse I,
Pergunungan Himalaya,
Nepal/Tibet dengan
8,516 m.
5. Makalu I,
Pergunungan Himalaya,
Nepal/Tibetm
dengan 8,463 m.
6. Cho Oyu,
Pergunungan Himalaya,
Nepal/Tibet dengan
8,201 m.
7. Dhaulagiri,
Pergunungan
Himalaya, Nepal
dengan 8,167 m.
8. Manaslu I,
Pergunungan Himalaya,
Nepal dengan 8,163
m.
9. Nanga Parbat,
Pergunungan
Himalaya, Pakistan
dengan 8,125 m.
10. Annapurna,
Pergunungan Himalaya,
Nepal
dengan 8,091 m.
2 ulasan:
interesting info...thanks for sharing... ^_^
@Farah Waheda Wahid mwc akak... heheh
Catat Ulasan