STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: 10 Gunung Tertinggi di Dunia

10 Gunung Tertinggi di Dunia


HIMALAYA atau lebih dikenali dengan Banjaran Himalaya merupakan banjaran gunung Asia yang memisahkan India dan kawasan utara Pakistan di selatan dan tenggara dari dataran Tibet.

Banjaran ini merangkumi lima Negara iaitu Pakistan, India, China, Bhutan dan Nepal dan ia bercantum dengan banjaran gunung Hindu Kush di Afghanistan.

Selain itu, Himalaya merupakan sumber kepada dua sistem sungai iaitu Lembangan Indus dan Lembangan Ganga-Brahmaputra. Dengan panjang sekitar 2,400 kilometer (km) iaitu dari
Nanga Parbat di barat hingga Namche Barwa di timur sertalebar bervariasi antara 250-300 km,

Himalaya terdiri daripada tiga barisan parallel yang di atur mengikut ketinggian ketinggian dan usia secara geologis.

Lebih menarik tentang banjaran ini ialah menempatkan antara 10 gunung yang tertinggi di
dunia.

Berikut merupakan kedudukan
gunung mengikut ketinggian dari
paras laut:

1. Gunung tertinggi di dunia: Everest,
Pergunungan Himalaya, Nepal/Tibet
dengan 8,850 meter (m).

2. (Godwin Austen), Pegunungan
Karakoram, Pakistan/China dengan
8,611 m.

3. Kangchenjunga, Pergunungan
Himalaya, India/Nepal dengan
8,586 m.

4. Lhotse I, Pergunungan Himalaya,
Nepal/Tibet dengan 8,516 m.

5. Makalu I, Pergunungan Himalaya,
Nepal/Tibetm dengan 8,463 m.

6. Cho Oyu, Pergunungan Himalaya,
Nepal/Tibet dengan 8,201 m.

7. Dhaulagiri, Pergunungan
Himalaya, Nepal dengan 8,167 m.

8. Manaslu I, Pergunungan Himalaya,
Nepal dengan 8,163 m.

9. Nanga Parbat, Pergunungan
Himalaya, Pakistan dengan 8,125 m.

10. Annapurna, Pergunungan Himalaya,
Nepal dengan 8,091 m.

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...