STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: 4 Cara Menahan Marah

4 Cara Menahan Marah


Adalah satu perkara yang normal kita berasa marah apabila pasangan kita membuat silap. Tapi ada caranya kita menegur. Dengan marah secara keterlaluan akan menunjukkan anda seorang yang lemah mengawal emosi, panas baran dan bukan seorang pemimpin atau bakal pemimpian yang baik. Ia juga akan mengeruhkan keadaan antara anda dan pasangan anda..

Bila bertengkar..

1. DudukAdalah mengikut kajian sekiranya anda dalam posisi berdiri ada kemungkinan yang tinggi untuk anda lakukan sesuatu yang memudaratkan pasangan anda. Dalam posisi duduk ia menghadkan pergerakan anda mengelakkan dari melakukan sesuatu yang keterlaluan.

2. TenangSelepas duduk, berhenti sebentar.. Fikir, istigfar dan cuba selami masalah yang timbul.. Fahami konsep “Masalah itu ialah untuk diselesaikan” bukan untuk dibesar-besarkan..
3. Berwuduk Bila berkesempatan, ambil sedikit masa untuk berwuduk supaya dapat mengurang atau memadam api amarah hati anda, insya allah ia sangat berkesan..
4. Bincang dengan hikmahJadilah seorang pemimpin, supaya anda lebih dihormati pasangan anda.. Percayalah setiap dugaan yang mendatang ada hikmahNya.. Mungkin anda tidak dapat rasa sekarang, mungkin hikmah itu hadir 5 tahun akan datang, percayalah padaNya.. Dan pasti Allah takkan menguji sebarang ujian yang tak mampu dipikul hambanya..
Kongsi dengan rakan-rakan anda supaya dapat dijadikan petua ..
Jazakallah…

CREDIT : http://www.ayatayatcinta.net/

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

1 ulasan:

fatin aziz berkata...

setuju sangat2. bila marah tu kita kna tenang sbb nanti kita tak dapat pikir dengan betul. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...