STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Kereta Termahal dan Terhebat Dunia

Kereta Termahal dan Terhebat Dunia



BAGI memenuhi kehendak golongan hartawan, pasaran kereta mewah ini mula beralih ke satu tahap baru apabila memfokuskan kepada konsep kereta masa hadapan, eksperimentasi dan melanggar batasan kenderaan konvensional.

Walaupun harganya mencecah nilai jutaan ringgit, namun terdapat beberapa jenama mewah mengungguli carta kereta termahal dan terhebat dunia.

Berikut adalah senarai kereta termahal dan terhebat di dunia:

1) Pagani Zonda Clinque Roadster  
Bernilai AS$1.85juta (RM5.67 juta), kereta ini bukan sahaja antara termahal tetapi eksotik. Dengan kemampuan memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dalam masa 3.4 saat, kereta buatan Itali ini mampu memecut sehingga mencecah kelajuan maksimum 217 batu sejam.


2) Lamborghini Reventon 
Jentera bernilai AS$1.6 juta (RM 4.91 juta) ini hanya 20 buah dikeluarkan untuk pasaran global. Revention adalah antara kereta termahal dan berkuasa pernah dihasil oleh Lamborghini hanya mengambil masa 3.3 saat untuk memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 211 batu sejam.



3) Koenigsegg Agera R 
Agera R keluaran Sweden ini berharga AS$1.6 juta (RM 4.91 juta) mampu memecut daripada sifar ke 60 batu 260 batu sejam.
4) Maybach Landaulet
Antara jenama pilihan golongan hartawan yang terkenal. Keluaran  terkini Maybach mencecah harga sehingga AS$1.38 juta (RM 4.24 juta) merupakan sedan paling mahal dengan kemampuan memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dalam 5.2 saat.



5) Zenvo ST1 
Kereta edisi terhad keluaran Denmark ini hanya dihasilkan sebanyak 15 buah. Dengan harga AS$1.23 juta (RM 3.77 juta), ST1 mampu memecut daripada sifar ke 60 batu sejam dalam masa 2.9 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 233 batu sejam.



THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

2 ulasan:

smile always berkata...

aduh..rasanya lmbat lagi nk dapat rasa keta mcm nie... ^_^

AinNadhirah berkata...

@smile always betul2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...