STATUS UPDATED!
Bismillahirahmanirahim.. Selamat datang ke blog Ain. Di harap penkongsian di blog ni dapat membantu u olls
Blogku, Catatanku: Laman Web Paling Popular di Google (2012)

Laman Web Paling Popular di Google (2012)


Enjin carian laman web terkemuka, Google baru-baru ini mengumumkan
laman web terhangat yang kerap dikunjungi bagi tahun ini (2012).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat enjin carian tersebut, semakan terhadap prestasi pelajar ketika musim peperiksaan merupakan carian yang kerap di log masuk oleh ibu bapa bagi memantau prestasi anak-anak. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dilihat menjadi carian yang kerap dikunjungi sepanjang tahun menunjukkan kebimbangan ibu bapa terhadap keputusan pelajaran anak mereka.

Sementara itu, lagu hit global nyanyian Psy yang menjadi fenomena dunia, Gangnam Style, jatuh di tempat kedua mengatasi carian mengenai jentera keluaran Proton iaitu Preve yang berada di tempat ketiga.

Tempat keempat adalah carian laman media sosial berasaskan imej 9GAG sekali gus meletakkan laman web membeli-belah fesyen dalam talian iaitu Zalora berada di tempat kelima terma carian paling hangat tahun ini.

Jurucakap Google, Zeffri Yusof berkata, enjin carian tersebut sering menjadi pilihan utama bagi rakyat Malaysia untuk mengikuti sukan kegemaran, mengetahui berita terkini atau meneroka perkara baru.

Zeitgeist akhir tahun ini adalah barometer budaya yang memberi gambaran sebenar peristiwa penting, detik bersejarah serta trend yang semakin meningkat di Malaysia pada tahun 2012.

Mengikut kategori ‘Apakah/ What’ yang digunakan pengguna enjin carian Google, klip video Gangnam Style sering menjadi pilihan untuk ditonton di YouTube kerana fenomena tersebut menimbulkan rasa ingin tahu masyarakat sehinggakan ia berada pada kedudukan teratas bagi senarai carian kategori ‘Apakah’.

Kematian Whitney Houston pada Februari menjadikan beliau personaliti yang paling kerap dicari bagi tahun 2012 mengatasi bintang bola keranjang, Jeremy Lin.

Bagi artis tempatan, penyanyi bersuara lunak, Shila Amzah, yang telah menjuarai pertandingan Asian Wave di Shanghai serta penyanyi Izwan Pilus, yang meninggal dunia akibat jangkitan darah pada bulan Januari lalu menjadi subjek carian paling tinggi dalam negara.

Bagi carian imej terlaris, rakyat Malaysia meletakkan imej matahari terbit, awan gebu dan lain-lain carian berkaitan sinaran mentari pagi di tempat teratas bagi kategori ini.

Bersesuaian dengan pembukaan Legoland Malaysia di Johor pada bulan September lalu, ia sekali gus meletakkan destinasi tersebut sebagai tempat yang paling dicari untuk dikunjungi selain tempat-tempat percutian popular lain seperti Sunway Lagoon, Langkawi, Cameron Highlands dan Melaka.

Tidak dinafikan, kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal berada di tempat teratas senarai sebagai pasukan paling dicari menewaskan pasukan pilihan tradisi Manchester United dan Liverpool. Juara Liga Super Malaysia 2012 iaitu Kelantan yang turut tersenarai dalam 10 terhangat paling kerap dicari menerusi enjin carian Google.



Bagi kategori yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu carian on-the-go yang menjurus kepada carian personality menyaksikan pendakwah selebriti Ustaz Azhar Idrus merupakan individu yang kerap dicari di skrin telefon bimbit.

Berikut adalah carian paling tinggi menerusi Google:

Istilah Carian Global Terhangat
1. Whitney Houston
2. Gangnam Style
3. Hurricane Sandy
4. iPad 3 Duncan
5. Diablo 3 10. BBB12
6. Kate Middleton
7. Olympics 2012
8. Amanda Todd
9. Michael Clarke

Carian Terhangat 2012 Google Malaysia Program TV (Most Searched)
1. Upin dan Ipin
2. Boboiboy
3. Ultraman
4. Running Man
5. Adam Dan Hawa
6. Tom And Jerry
7. Ben 10
8. Money Drop
9. Power Rangers
10. Doraemon

Atlet
1. Lee Chong Wei
2. Jeremy Lin
3. Cristiano Ronaldo
4. Lionel Messi
5. Robin Van Persie
6. Lin Dan
7. Roger Federe
8. Maria Sharapova
9. Usain Bolt
10. Fernando Torres

Sukan
1. Arsenal 
2. Manchester United 
3. Liverpool 
4. Chelsea 
5. Real Madrid 
6. Manchester City
7. Barcelona
8. QPR
9. Kelantan
10. Tottenham Hotspur

THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...