Ini penting bagi memudahkan persahabatan.Jangan begitu percaya pada gosip yang diperkatakan oleh rakan-rakan yang lain. perlu selidiki kebenarannya dan tak perlu terburu-buru. Menjalin persahabatan yang kekal memang sukar.Apa yang penting ialah saling mempercayai kepada rakan masing-masing. Itulah kunci utama bagi mengekalkan persahabatan.Tanpanya, percayalah amat sukar untuk menemui seorang sahabat yang benar-benar karib.
2. SALING MEMAHAMI
Saling memahami bermaksud faham apa yang ada pada sahabat, dan memahami apa yang dikehendaki dan yang dibenci. Persahabatan adalah perlakuan yang mengerti akan kekurangan atau kelebihan yang ada pada sahabat. Ingat,jangan sampai berat sebelah kerana ia akan terasa bahawa dirinya seperti bukan sebahagian daripada persahabatan itu
3. SALING MEMBANTU
Kalau sudah bersahabat,pastilah saling membantu. Bukan setakat yang termampu dan tidak perlu sampai mengorbankan diri sendiri, tetapi jangan pura-pura tidak tahu masalah sahabat kerana mahu mengelak dari membantu.Tunjukkan bahawa kamu selalu bersedia membantu sahabat yang dalam kesusahan,kecuali dia memang tidak mahu pertolongan.
4. JUJUR DAN TERBUKA
Sebagai seorang sahabat harus bersikap jujur dan terbuka kepada pasangan anda.Tidak perlu menyembunyikan perasaan dalam diri sekiranya ada perlakuan yang tidak kena pada rakan.Yang penting tegurlah secara berbahasa walaupun terbukti salah pada pihaknya. Melalui teguran & nasihat persahabatan ini menjadi lebih murni.
5. SALING BERTOLAK ANSUR
Sekiranya ada masalah kecil tetapi menjadi satu pertelingkahan yang besar salah seorang perlu bertolak ansur demi menjaga kepentingan persahabatan.Tetapi sekiranya tetap berlaku bermakna persahabatan itu masih perlu sempurna dan perlu diperbaiki. Salah seorang daripada sahabat itu perlu pula menjadi orang tengah sebagai hakim yg boleh menyelesaikan masalah yg wujud.
6. SALING MENEPATI JANJI
Janji amat perlu ditepati kerana ia mempengaruhi persahabatan. Sekiranya terpaksa melewatkan janji dia perlu diberitahu seawal mungkin bagi mengelakkan penantian. Jangan lupa meminta maaf di atas di atas kegagalan menepati janji sekurang-kurangnya ia akan menyejuk hati walaupun sedikit terkilan.
7. SALING MENGHARGAI
Mentang-mentanglah dia sahabt sendiri, maka selalu saja mengkritik sahabat dan menyinggung perasaaan. Kebiasaan ini perlu dihindari kerana lama kelamaan akan mengurangkan rasa hormat sahabat pada kita. Hargai bentuk pendapat sahabat kita walaupun terdapat kesilapan tetapi selepas itu akan mudah untuk menegurnya kerana masing-masing faham tentang sikap masing-masing.
Moga-moga kita dapat besahabat & berhadapan dengan teman-teman kita dalam keadaan yang lebih baik. Amin
Sumber : Sini
3 ulasan:
nice tips dear...tapi bukanlah mudah kan?
cik yaya setuju..
persahabatan itu perlulah disemai dengan benih yang suci dan bersih :)
kata sahabat..hehe ^_^
selamat malam :)
nice tip! I like it.
jemput join GA sy http://myonelovemyoneheartmyonelife.blogspot.com/2013/04/1st-mini-giveaway-by-namz.html
Catat Ulasan